GEORGE TOWN, 18 Nov — Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menjadi
penentu kepada jatuh bangun bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini,
kata Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.
Justeru, beliau berkata bagi memastikan agama Islam terus diagungkan,
bangsa Melayu terus dimartabatkan dan institusi raja terus
diperkasakan, rakyat perlu menolak daripada mengundi calon pakatan
pembangkang pada pilihan raya akan datang.
“Pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang menjadi penentu untuk bangsa Melayu, agama Islam di bumi Malaysia.
“Bayangkan tuan-tuan kalau pakatan pembangkang menang kita diberitahu
bahawa mereka nak menjadikan Malaysia ini satu republik dan ini
kemungkinan akan berlaku kalau saudara mengundi pakatan pembangkang,
memenangkan mereka,” katanya pada ceramah perdana di Kampung Suluk,
Teluk Kumbar dekat sini malam tadi.
Berita lanjut....
Jarumemas: jangan sampai Melayu hilang di bumi Malaysia ini kerana hanya kerakusan segelintir bangsa Melayu sendiri yang tamakkan kuasa.
No comments:
Post a Comment