Monday, 26 November 2012

Mari kita ajarkan Umno erti perpaduan — Ariff Sabri Abdul Aziz

25 NOV — Najib tak faham konsep perpaduan Melayu.

Macam mana nak faham? Kunci perpaduan dan permuafakatan yang Najib tahu ialah lu tolong gua tolong lu. Maknanya rakyat dibantu jika menyokong Najib. Ini bukan keikhlas. Kita ada pemimpin negara yang tidak ikhlas. Prinsip yang betul ialah kalau kita nak tolong rakyat, kita tolong atas nama memberi bantuan secara jujur- bukan membangkit bangkit atau menuntut pembalasan.

Najib dan Umno tak faham faham. Kalau betul2 hendak mengunggulkan orang Melayu- maka perintahkan semua ahli Umno sokong calun Melayu tidak kira dari parti mana. Jika calun Melayu dari PAS lebih baik dari calun Melayu Umno , maka pilih calun PAS. Bukankah dia Melayu? Jika calun Melayu DAP lawan calon Cina MCA, sokong calon Melayu. Akhirnya yang menang orang Melayu kan?

Jangan kita sokong Melayu secara babi buta. Kalau Melayu itu rasuah, tidak berkelayakan, apa asas untuk kita sokong dia? Kerana dia Melayu maka kita memaafkan segala kekurangan dan kejahatan? Kalau Melayu itu menyapu RM 250 juta, kita maafkan kerana dia Melayu? Kalau dia sapu komisyen RM500 juta dan agihkan agihkan pula sesama Melayu lain- maka itu tidak mengapa sebab yang senang orang Melayu?

Begitu? Jika begitu, jika orang masuk rumah kita, tidur dengan isteri kita, atau meniduri anak perempuan kita- kita kata tak apa- sebab dia Melayu?  Atau yang lebih dasyat- tak apa sebab dia Melayu dan Umno !
Yang jadi masaalah pokok ialah, yang merah itu saga, yang Melayu itu Umno . Bila Umno dan pemimpin nya angkuh dan sombong, maka timbullah sangkaan bahawa Melayu itu Umno  dan Umno  itu Melayu.

Selanjutnya...

Jarumemas: Sebenarnya UMNOlah yang telah menanamkan perpaduan dalam kalangan selepas peristiwa bersejarah 13v Mei 1969. Yang memecahbelahkannya adalah pemabangkang!!!

Tindakan Anwar mohon bantuan Australia hanya ‘helah’ pembangkang, kata pemimpin Umno

BAGAN DATOH, 25 Nov — Tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon bantuan Australia kononnya untuk memastikan pilihan raya di negara ini bebas dan bersih hanya “helah” untuk menutup kelemahan pembangkang sekiranya kalah pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembangkang sebenar terdesak dan apabila kalah pada pilihan raya umum akan datang, mereka akan menyalahkan sistem dan kerajaan sedia ada.

“Kita tahu bahawa ini dibuat adalah bagi mengaburi kelemahan yang ada pada mereka (pembangkang),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia di Wisma Umno di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pertemuan dengan semua anggota Parlimen pada dua minggu lepas bagi mendapatkan maklum balas mengenai proses pilihan raya, hanya segelintir anggota Parlimen pembangkang menghadirinya.

“Mereka ‘berkokok’ di luar, sepatutnya mereka (hadir) bertanya dan menyelesaikan masalah ketika majlis dialog dan taklimat itu diadakan...mereka harus berunding dengan pihak SPR, kerana SPR terbuka dalam menentukan sistem dan perubahan yang mahu diadakan,” katanya.

Pada 21 Nov lepas, Menteri Luar Australia Senator Bob Carr berkata Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Anwar. — Bernama

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas: Anjing takut dengan bayang-bayang sendiri!!!

Najib: Pilihan raya umum ke-13 Disember ini?

KUALA LUMPUR, 25 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada Disember ini, walaupun negara dilanda musim tengkujuh.

Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jentera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot,” katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya.

Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.

Najib yang juga Presiden Umno, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan.

“Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini,” katanya.

Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-13 sebelum Parlimen terbubar dengan sendirinya, dan Suruhanjaya Pilihan Raya wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu. — Bernama

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas: Tugas dan tanggungjawab tetap berjalan tak kira bila PRU 13 akan berlangsung.

Ribuan berhimpun di PJ menentang pelan pendidikan nasional

PETALING JAYA, Nov 25 — Beribu-ribu rakyat berhimpun di padang bola sepak di sini dalam perhimpunan dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong bagi membantah Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini dengan kebimbangan sekolah vernakular akan diketepikan. 

“Kami menggesa kerajaan memenuhi kehendak rakyat, melaksanakan dasar sekolah pelbagai bahasa dan pastikan ia terkandung dalam dasar persekolahan arus perdana, untuk memberi layanan yang adil dan memelihara ciri-ciri pendidikan vernakular,” kata presiden Dong Zong, Yap Sin Tian dalam ucapan kepada orang ramai yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina. 

Penunjuk perasaan bersorak dan bertepuk tangan menyokong, mereka berdiri di bawah panas matahari, sambil membawa payung dan sepanduk. 

Penunjuk perasaan lain duduk di atas platform dan dalam beberapa kanvas khemah putih, manakala pegawai RELA turut dikesan. 

Sepanduk kanvas putih dengan slogan seperti “Membantah KPM mepinggirkan SJKC, SJKT, Sekolah Tamil, Sekolah Mubaligh, SMJK” yang ditulis dalam bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan Tamil digantung di dua sisi padang. 

Parti-parti politik juga menunjukkan kehadiran, dengan bendera PAS, PKR dan DAP yang turut dilihat di padang. 

Penceramah daripada pelbagai organisasi mengambil giliran untuk bercakap kepada orang ramai yang bersemangat, dengan beberapa menekankan perhimpunan itu bukan perhimpunan anti-kerajaan.


Jarumemas: Apa lagi ynag tak cukup? Dah banyak peruntukan yang dihamburkan oleh kerajaan, sekurang-kurangnya berterima kasihlah atas segala pemberian.

Peningkatan daftar pemilih baru di Selangor ‘normal’, kata pengerusi SPR

KUALA LUMPUR, 25 Nov — Peningkatan daftar pemilih baru mendadak di Selangor adalah perkara biasa memandangkan negeri terkaya di Malaysia tersebut menarik ramai orang yang mencari pekerjaan dan kehidupan lebih baik, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Abdul Aziz juga memuji status negeri Selangor dan mengganggapnya sebagai paling popular dikalangan rakyat Malaysia, serta menambah ramai pengundi tertarik dengan peluang pekerjaan dan tinggal disitu.

“Seluruh Malaysia, daripada 2008 hingga 2012 terdapat tiga juta pengundi baru telah didaftarkan.

“Daripada tiga juga itu, 400 ribu adalah dari Selangor kerana Selangor adalah negeri popular. Ramai yang gemar bekerja dan tinggal di Selangor.

“Mereka juga menggunakan alamat di Selangor,” kata beliau kepada The Malaysian Insider dalam temubual telefon semalam.

Berita lanjut....

Jarumemas: Selagi tak berlakunya pilihan raya selagi itulah pembangkang akan menyalak seperti anjing menyalak bukit.

Kita tidak merdeka jika benar pihak asing pantau pilihan raya, kata Dr M

ERI KEMBANGAN, 26 Nov — Negara sudah tidak lagi merdeka jika benarkan pihak asing memantau pilihan raya, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, pemantau asing ini diperlukan pihak pembangkang untuk membuat kacau sekiranya kalah dalam pilihan raya.

“Kita sudah tidak lagi merdeka, jika kita benarkan pemantau asing untuk datang ke sini memantau pilihan raya.

“Mereka nak bawa Amerika, semua orang dalam negara ini supaya mereka dapat menguasai negara ini.


“Dan jika mereka kalah, mereka akan membuat huru-hara untuk menjatuhkan negara yang dipilih secara demokratik,” kata beliau dalam sidang media selepas merasmikan seminar Third World Conference on Riba, di Golden Palace Horses Resorts, The Mines hari ini.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas: Minda pembangkang yang masih dijajah. 

Najib: Umno perlu tunjuk PAS selindung di balik Islam

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata anggota Umno seharusnya mendedahkan semasa Perhimpunan Agung Umno 2012 bahawa PAS adalah sebuah parti politik yang berselindung di sebalik imej Islam.

Perdana Menteri berkata sekiranya Umno dapat mengemukakan hujah-hujah bernas tentang jati diri PAS yang sebenarnya kepada rakyat, beliau yakin Umno akan muncul sebagai parti yang utama dalam kalangan orang Melayu.

"PAS perlu menggambarkan parti itu sebagai sebuah parti Islam. Tapi sama ada perbuatan itu (doa menghancurkan Umno dan BN, BN) adalah benar-benar menepati prinsip dan syariat Islam atau sebaliknya ia merupakan sebuah parti politik yang berselindung di sebalik imej Islam. Itu yang harus dibincang oleh parti Umno.

"Kalau kita dapat mengetengahkan hujah-hujah yang bernas, maka kita boleh muncul sebagai parti yang utama di kalangan orang Melayu," katanya dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.

Berita lanjut....

Jarumemas:  Bolehkah kita membuat solat hajat dan membaca Qunut Nazilah meminta Allah menyedarkan Pas?

Pembangkang cuba gagalkan transformasi, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan wanita muda Malaysia supaya tidak menggadaikan masa depan negara dengan membenarkan pembangkang menggagalkan segala usaha yang dilakukan kerajaan selama ini.

Beliau berkata wanita muda tidak harus terpengaruh dengan dakyah politik parti pembangkang yang sering mempertikaikan kebolehan kerajaan BN dalam mentadbir negara.

Beliau berkata pembangkang sepatutnya menjadi pembangkang yang konstruktif tetapi sebaliknya mereka sentiasa mencari keburukan dalam projek yang dilaksanakan kerajaan sedangkan projek tersebut memberi peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

"Projek-projek seperti Projek Rapid di Pengerang, Johor dan penyenaraian Felda (Global Ventures Holdings Berhad) di Bursa Malaysia cuba digagalkan pembangkang atas dasar politik yang tidak ingin BN mencapai kejayaan dan menunjukkan kebolehan untuk mentadbir negara.

"Segala apa yang dirancangkan akan tinggal di atas kertas dan akan terbantut kalau perancangan untuk lakukan transformasi digagalkan oleh pembangkang dan tidak mendapat sokongan politik daripada rakyat," katanya ketika menutup Himpunan Wanita Muda Negara 2012 di Kuala Lumpur hari ini.

Berita lanjut...

Jarumemas: Apa saja yang dibuat oleh kerajaan akan mendapat tentangan pembangkang, walaupun demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Mereka cuba memanipulasikan pandangan rakay bahawa kerajaan adalah jahat.

MP sokong resolusi Himpunan Hijau

Sekumpulan MP hari ini hadir ke mesyuarat rakyat bersama aktivis Himpunan Hijau dan menyokong tiga resolusi yang dikemukakan - antaraya mendesak kerajaan supaya membatalkan segera projek loji nadir bumi Lynas.

NONEResolusi berkenaan dibacakan seorang akvitis, Zamri Zanal (kiri) dalam mesyuarat yang bermula pada kira-kira jam 9.15 pagi ini.

Selain itu mereka juga menuntut pemberhentian atau penilaian semula terhadap segala projek yang didakwa memudaratkan, termasuk lombong di Bukit Koman, kabel bervoltan tinggi di Rawang, Rapid di Johor dan rampasan tanah orang asal.


Antara desakan yang terkandung di bawah resolusi kedua itu ialah:
  • Wajib melakukan perundingan awal dengan masyarakat awam dan sesiapa yang terbabit dalam segala hal alam sekitar dan segala projek pembangunan yang berkemungkinan mengancam kepentingan masyarakat setempat.
  • Ketelusan dalam segala prosedur dan pendedahan maklumat kepada masyarakat di mana hak setiap rakyat untuk mendapat maklumat yang jelas dan tepat tentang semua hal alam sekitar serta segala rancangan pembangunan dan aktiviti yang mungkin memberikan kesan negatif.
  • Pencegahan pencemaran alam sekitar dan tidak membenarkan projek yang meninggalkan bahan-bahan radioaktif, bertoksik atau yang merbahaya di dalam negara.
Berita lanjut....

Jarumemas: Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Samalah kalau inginkan pembangunan ada kalanya kita terpaksa mengorbankan sedikit kebaikan.

Himpunan Hijau: Pilih k'jaan yang dengar tuntutan

Pemimpin perarakan jalan kaki sejauh 300km ke Kuala Lumpur bagi membantah operasi loji Lynas, Wong Tack, hari ini menyeru para penyokongnya supaya memilih kerajaan yang mendengar tuntutan mereka.

Berucap dalam persidangan "mesyuarat rakyat" bersama wakil rakyat DAP dan PKR di lokasi perkhemahan mereka di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini, Wong berkata menyeru supaya golongan itu "memilih kerajaan yang mendengar suara rakyat"

NONE"Kami memerlukan kerajaan yang bersih dan adil. Kerajaan yang mengambil berat dan mendengar suara rakyat. Kerajaan yang bersama-sama dengan rakyat," katanya sambil diiringi dengan laungan slogan "Hidup rakyat" dan "Rakyat bangkit" oleh peserta perhimpunan.


Turut hadir dalam persidangan tersebut ialah MP Ipoh Timur Lim Kit Siang, William Leong (Selayang), Tan Kok Wai (Cheras), Fong Poh Kuan (Batu Gajah) dan Dr D Jeyakumar (Sungai Siput).

Berita lanjut....

Jarumemas: Kerajaan mendengar segala keluh kesah rakyat. Hanya pembangkang yang mentohmah keburukan kerajaan, mendabik dada merekalah yang terbaik...

Dr M kait hak demokrasi dengan ketidakstabilan

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa amalan hak demokrasi untuk berhimpun dan kebebasan bersuara meletakkan masyarakat dalam "kitaran ganas" ketidakstabilan.

Dakwanya, golongan minoriti yang tidak berpuas hati kerana tewas dalam pilihan raya akan menggunakan hak berkenaan untuk menjejaskan dan menumbangkan kerajaan.

Kumpulan yang tumbang itu pula, dakwanya, akan menggunakan hak mereka untuk menentang perkara ini dan kitaran berkenaan seterusnya akan menyebabkan ketidakstabilan yang lebih besar kepada masyarakat.

Perkara ini, dakwanya, akan berterusan tanpa henti.

Berita lanjut....

Jarumemas: Perlukah mengadakan demonstrasi sedangkan pemilihan dibuat oleh rakyat, bukannya pemimpin yang memilih.