KUALA LUMPUR, 27 Dis — Ahli-ahli Persatuan Pengusaha Stesen Minyak
Malaysia (PDAM) mengakui mereka tertekan dengan syarat sesetengah
syarikat minyak dengan memaksa mereka meletakkan pekerja di stesen
mereka, atau kontrak mereka dikaji semula atau dibatalkan.
Menurut presidennya Datuk Hashim Othman, ahli persatuan dipaksa oleh
syarikat minyak untuk meletakkan beberapa orang pekerja dan ini
menyukarkan pihaknya memandangkan negara bakal melaksanakan gaji minima
pada tahun hadapan.
“Kadang-kala, secara tidak langsung, syarikat minyak ini menekan
pengusaha untuk letakkan beberapa orang pekerja atau kontrak dibatalkan.
“Kita tahu bahawa ahli-ahli merasa terbeban dengan syarat ini,” kata Hashim pada sidang media PDAM di sini, hari ini.
Berita lanjut....
Jarumemas: Buat yang terbaik bagi semua pihak.
Friday, 28 December 2012
1,000 orang berhimpun desak Isa letak jawatan
Kira-kira 1,000 orang - rata-ratanya memakai baju berwarna oren -
berarak daripada masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menuju ke
Wisma Felda Jalan Semarak hari ini.
Perarakan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman itu turut disertai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad dan Dr Hatta Ramli.
Mereka berarak ke Wisma Felda bagi mengadakan perhimpunan serta menyerahkan memorandum kepada Felda.
Sementara itu, ketika berucap di atas kereta 4WD, Mazlan berkata, kehadiran beliau pada hari ini adalah tujuan bagi mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan.
Berita lanjut....
Jarumemas: Hanya PM yang boleh jawab kemelut ini.

Protes ANAK bertembung dengan kumpulan pro BN
KUALA LUMPUR, 28 Dis ― Protes anjuran Kumpulan Anak-anak Peneroka
Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini bertembung dengan kumpulan pro FELDA
dan Barisan Nasional (BN) di Ibu Pejabat FELDA di Jalan Semarak di sini.
ANAK yang diketuai oleh Pengerusinya, Mazlan Aliman berarak sejauh 500 meter dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sepatutnya menyerahkan memorandum di ibu pejabat FELDA, namun terhalang apabila kumpulan pro FELDA dengan jumlah sekitar 300 peserta mengadakan sekatan di jalan masuk ke pejabat FELDA tersebut, di samping sekatan daripada 100 anggota polis daripada kedua-dua pihak.
Tindakan itu kemudiannya menyaksikan Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Razman Zakaria selaku wakil daripada kumpulan protes ANAK berunding dengan pihak polis untuk membolehkan mereka menyerahkan memorandum tersebut.
Sepanjang perarakan itu, mereka melaungkan slogan “Undur Isa Samad”, “Hancur Isa Samad”, dan “Felda Bebas, bebas Felda”.
Berita lanjut....
Jarumemas: Apa yang tak ekna sampai nak suruh Isa Samad berundur?

Ungkapan ‘halal’ yang mengelirukan dilarang mulai 1 Jan
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Mulai 1 Januari depan, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melarang penggunaan logo halal dan
ungkapan halal seperti perkataan ‘ditanggung halal’ , ‘makanan orang
Islam’, ‘buffet Ramadan’ dan lain-lain lambang Islam yang boleh
mengelirukan dan memperdayakan orang Islam.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan hari ini berkata mulai 1 Jan 2013 tindakan akan diambil ke atas pihak yang masih menggunakan logo dan ungkapan halal selain logo halal yang dikeluarkan Jakim atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).
“Sebuah pertubuhan atau perbadanan yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.
“Pihak selain dari pertubuhan atau perbadanan yang didapati bersalah pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Tambah Othman makanan dan barang-barang import yang hendak diperihalkan sebagai halal hendaklah menggunakan logo atau nama badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim di negara pengeluar masing-masing.
Jelas beliau, tempoh peralihan selama setahun Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2012 tamat pada 31 Dis 2012.
“Justeru Jakim mengingatkan pihak industri agar lebih bersedia dan peka dengan pensijilan halal Malaysia dari semasa ke semasa.
“Jakim juga berharap agar orang ramai dapat memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat sekiranya berlaku penyalahgunaan logo halal,” kata Othman. – Bernama
Sumber: Malaysian Insider
Jarumemas: Umat Islam perlu mencari yang halalan taiban.

Hentikan tuntutan kesamarataan agama, kata bekas pengerusi Majlis Fatwa
KUALA LUMPUR, 28 Dis – Orang yang bukan beragama Islam harus
menghentikan tuntutan penggunaan nama “Allah” sebagai rujukan kepada
tuhan memandangkan perkataan Arab itu adalah fundamental kepada
kepercayaan Islam, dan eksklusif kepada orang Islam, kata bekas
pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Dr Ismail Ibrahim seperti
dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu.
Ismail berkata dalam perdebatan terbaru mengenai perkataan Arab untuk tuhan yang mencetuskan pertikaman lidah antara PAS dan rakan sekularnya DAP, bakal menjadi topik hangat menjelang pilihan raya akan datang.
“Enough is enough, cukuplah dengan segala dasar yang lain, termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dituntut untuk disamaratakan, diberikan hak sama rata, sama rasa di antara rakyat tanpa mengira sebarang latar belakang sosial, ekonomi dan agama, maka hak dalam menghayati konsep ketuhanan dalam agama ini, janganlah direbutkan, dicabar dan dimanipulasikan begitu rupa.
“Nama Allah, dari sudut falsafah, dari segi takrif dan konsepnya tidak sama dengan 'Tuhan', 'God', 'Lord' dan sebagainya tidak sama dalam penggunaan agama lain,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Berita lanjut...
Jarumemas: ALLAH Maha Pencipta seluruh alam ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)