KUALA LUMPUR, 25 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata
pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada Disember ini,
walaupun negara dilanda musim tengkujuh.
Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jentera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan.
“Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot,” katanya
dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan
dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan
sendirinya.
Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama para
pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno
2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.
Najib yang juga Presiden Umno,
bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada
tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan.
“Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini,” katanya.
Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubarkan
Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-13 sebelum Parlimen terbubar
dengan sendirinya, dan Suruhanjaya Pilihan Raya wajib menetapkan tarikh
pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu. — Bernama
Sumber: Malaysian Insider
Jarumemas: Tugas dan tanggungjawab tetap berjalan tak kira bila PRU 13 akan berlangsung.
No comments:
Post a Comment