KUALA LUMPUR, 25 Nov — Peningkatan daftar pemilih baru mendadak di
Selangor adalah perkara biasa memandangkan negeri terkaya di Malaysia
tersebut menarik ramai orang yang mencari pekerjaan dan kehidupan lebih
baik, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz
Mohd Yusof.
Abdul Aziz juga memuji status negeri Selangor dan mengganggapnya
sebagai paling popular dikalangan rakyat Malaysia, serta menambah ramai
pengundi tertarik dengan peluang pekerjaan dan tinggal disitu.
“Seluruh Malaysia, daripada 2008 hingga 2012 terdapat tiga juta pengundi baru telah didaftarkan.
“Daripada tiga juga itu, 400 ribu adalah dari Selangor kerana
Selangor adalah negeri popular. Ramai yang gemar bekerja dan tinggal di
Selangor.
“Mereka juga menggunakan alamat di Selangor,” kata beliau kepada The Malaysian Insider dalam temubual telefon semalam.
Berita lanjut....
Jarumemas: Selagi tak berlakunya pilihan raya selagi itulah pembangkang akan menyalak seperti anjing menyalak bukit.
No comments:
Post a Comment