SHAH ALAM, 20 Nov — Kerajaan Pusat memiliki kuasa penuh untuk
membatalkan pembangunan projek kondominium 29 tingkat di kawasan
keagamaan Kompleks Batu Caves, kata Ronnie Liu.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian, dan Penyelidikan itu ketika sesi
sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini berkata, kerajaan Barisan
Nasional (BN) sengaja mengelirukan orang ramai apabila menjanjikan untuk
membatalkan projek tersebut jika berjaya menawan Selangor selepas
pilihan raya umum (PRU) ke 13, sedangkan mereka mempunyai kuasa penuh
dan kaedah membatalkan projek tersebut.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan menteri mempunyai kuasa
penuh menarik balik lesen pemaju ... membatalkan permit penjualan dan
pengiklanan.
“Jadi mereka cuba mengelirukan orang ramai. Kalau mereka jujur dan
ikhlas nak batalkan projek itu, mereka ada caranya,” kata Ronnie
menjawab soalan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.
Najib dalam usaha menarik kembali sokongan masyarakat India kepada BN
telah membuat pengumuman bahawa kerajaan pimpinannya akan membatalkan
projek pembinaan kondominium 29 tingkat berhampiran pusat keagamaan
masyarakat Hindu di Batu Caves jika kembali memerintah Selangor selepas
pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Berita lanjut....
Jarumemas: Inilah perangai pembangkang, dia akan spin balik apa yang kerajaan katakan.
No comments:
Post a Comment