Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) Datuk Harun Taib membidas Mufti
Kerajaan Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menasihatkan Naib Presiden
PKR Nurul Izzah Anwar supaya bertaubat susulan dakwaan kenyataannya
mengenai kebebasan beragama.
"Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah)
buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak
menyokong perjuangan Islam. Dia harus bertaubat," katanya.
Beliau
berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung laporan yang
menyebut Harussani menasihatkan Nurul Izzah bertaubat susulan
kenyataannya itu.
Harussani juga dilaporkan menasihat ahli
Parlimen Lembah Pantai itu memohon keampunan daripada Allah SWT serta
menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama di sebuah
forum di Subang Jaya baru-baru ini.
Berita lanjut....
Jarumemas: Siapalah kita nak meghukum ulama muktabar dalam negara...
No comments:
Post a Comment