17 DIS — Tindakan dan cara Hu Pang Chau berperanan sebagai pengerusi
Dewan Himpunan Penyokong Pusat PAS (DHPPP) dengan menimbulkan isu-isu
kurang wajar dalam usaha membela masyarakat Cina di Kelantan saya
merasakan ia seperti lebih hingus dari hidung.
Pang Chau tidak perlu merasakan dia penting dan perlu meletakkan diri
sebagai penanggungjawab utama mengenai nasib orang Cina di Kelantan.
Nasi orang Cina di Kelantan sudah terbela sejak lama dulu, sebelum Pang
Chau bertindak menyokong PAS lagi.
Sewaktu dia aktif dalam parti politik yang berkawan dengan Umno
menerusi BN, PAS sudah pun berlaku adil ke atas orang Cina. PAS
memerintah Kelantan bukan saja dalam tempoh 22 tahun ini tetapi sejak
tahun 1959 hingga 1978 lagi selama 18 tahun.
Dalam tempoh 40 tahun itu belum ada orang Cina teraniaya di Kelantan.
Makanya Pang Chau tidak boleh mendabik dada kononnya dia adalah hero
kepada orang Cina. Bahkan beberapa orang Cina Kelantan telah mencipta
nama di peringkat pusat sampai ada yang menjadi menteri.
Itu menteri Pelancungan, Yen Yen adalah Cina Kelantan dan mendapat
biasiwa dari Kerajaan Kelantan. Pang Chau kenal ingat dan baca sejarah
ini. Kalau nasib Cina terabai dan tidak dipedulikan masakan Yen Yen
mendapat biasiswa semasa menuntut di Universiti Malaya.
Berita lanjut....
Jarumemas: Lebih sudu dari kuah.
SHAH ALAM, 16 Dis — Kerajaan Selangor akan mengkaji semula
kenaikan kadar cukai pintu terhadap penduduk Kampung Baru Sungai Buloh
dan Kampung Baru Subang, yang didakwa membebankan.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya akan berbincang dengan Majlis Bandaraya Shah Alam
(MBSA) berhubung perkara itu sebelum sebarang tindakan susulan diambil.
“Namun, kita akan berbincang dengan MBSA dalam waktu terdekat bagi
meneliti perkara ini... perkara yang difikirkan perlu dibuat, kita akan
laksanakan supaya kadar itu dilihat tidak membebankan,” katanya kepada
pemberita selepas menghadiri majlis untuk golongan belia di sini hari
ini.
Beliau berkata, bagaimanapun, pihaknya perlu membuat penilaian berdasarkan prosedur mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976.
“Langkah itu perlu agar ia juga tidak memberi masalah kepada MBSA
dalam memberi penilaian semula terhadap cukai berkenaan,” katanya.
Semalam, Pengerusi MCA Bahagian Subang Lee Wei Kiat berkata kenaikan
kadar cukai sehingga 10 kali ganda terhadap penduduk di dua kawasan itu
adalah keterlaluan dan meminta ia ditarik balik.
Lee berkata rata-rata penduduk turut mempersoal rasional di sebalik
kenaikan itu sedangkan perkhidmatan yang disediakan pihak berkuasa
tempatan (PBT) didakwa tidak memuaskan. — Bernama
Jarumemas: Kerana kepentingan politik ke baru nak kaji?