KUALA LUMPUR, 26 Nov — Demokrasi tidak menjamin keselamatan, kata Tun
Dr Mahathir Mohamad hari ini, sambil memberikan amaran ia boleh
menyebabkan keganasan berlaku apabila kumpulan minoriti bangkit menuntut
hak mereka.
Perdana
Menteri paling lama berkhidmat di negara ini menegaskan semasa pilihan
raya, pihak yang kalah seringkali tidak menerima kegagalan mereka dan
akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan dipilih rakyat.
Beliau berkata walaupun pihak kalah melalui
proses demokratik, mereka akan menggunakan sistem demokrasi sama untuk
menafikan keputusan pilihan raya dengan mendakwa bahawa ianya sudah
tercemar.
“Kadang-kadang ini membawa kepada keganasan dan pembunuhan,
rumah-rumah dan bangunan terbakar ... mereka akan lakukan apa sahaja
untuk menjatuhkan kerajaan majoriti,” kata Dr Mahathir semasaa ceramah
makan tengah hari bagi Forum Antarabangsa 2012 diadakan sempena
perhimpunan agung Umno minggu ini.
Jarumemas: Pembangkang mahu merampas kuasa dengan cara kekerasan sekiranya gagal dalam pilihan raya umum. Begitulah caranya nampaknya, menjadikan matlamat menghalalkan cara.
No comments:
Post a Comment