KUALA LUMPUR, 19 Nov — Pemimpin-pemimpin PAS menegaskan parti Islam itu
kekal bersatu dan mempamerkan kematangan dalam kongres terakhir
menjelang pilihan raya umum (PRU) dengan kepimpinan pusat mengetengahkan
dasar inklusif bagi semua rakyat Malaysia - dasar-dasar yang pragmatik
sementara sayap-sayap lain memberi tumpuan kepada tema tradtional hudud
dan dasar konservatif.
Sepanjang persidangan tiga hari di kubu kuat politik mereka di
Kelantan, kepimpinan pusat yang secara tradisinya konservatif menjauhkan
diri dari membincangkan pelaksanaan undang-undang jenayah dan hukuman
kontroversi hudud, sebaliknya lebih menumpukan kepada dasar praktikal di
bawah manifesto 'negara kebajikan' mereka. Akan tetapi topik tersebut
masih dibawa oleh sayap pemuda, wanita dan ulama.
“Perbezaan ini bukan kerana perbezaan cita-cita, tetapi kerana
perbezaan dalam kematangan. Ia bergantung sama ada anda memahami
perjuangan dan strategi PAS,” kata Aiman Athirah, ketua penerangan Dewan
Muslimat PAS atau sayap wanita kepada The Malaysian Insider.
Berita lanjut....
Jarumemas: Allah melarang kita mendoakan keburukan orang lain, hatta musuh kita sendiripun.
No comments:
Post a Comment