Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) membidas Persekutuan
Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)
yang mahu berhimpun untuk membantah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.
Presidennya, Jais Abdul Karim (kanan)
berkata Dong Zong seharusnya menggunakan saluran yang betul untuk
meluahkan rasa tidak puas hati, bukan dengan berhimpun yang mungkin
mencetuskan kejadian tidak diingini.
"Janganlah
menyalahgunakan kebebasan bersuara sehingga boleh merosakkan suasana
harmoni," katanya pada sidanga media di Kangar semalam.
Beliau
mengulas mengenai kenyataan Dong Zong menerusi lamanweb serta iklan
dalam akhbar bahawa mereka mahu menganjurkan perhimpunan pada 25
November ini bagi membantah pelan tersebut.
Dong Zong antara
lain menyifatkan pelaksanaan pelan itu menyalahi prinsip keadilan
pendidikan dan menjejaskan pembangunan pendidikan bahasa ibunda,
perpaduan rakyat dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa.
Mengulas
lanjut, Jais berkata perbuatan Dong Zong membangkitkan isu itu pada
saat negara sedang bersedia menghadapi pilihan raya umum juga
menimbulkan kemusykilan akan agenda sebenar persekutuan tersebut.
- Bernama
Jarumemas: Ada saja helah yang dibuat oleh Dong Zong...
No comments:
Post a Comment