KUALA LUMPUR, 26 Nov — Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
mahu pihak berkuasa, terutamanya Bank Negara Malaysia menyiasat dengan
teliti berhubung siasatan bank pusat tersebut terhadap syarikat jual
beli emas itu.
“Saya tak tahu apa yang salah dengan Genneva Gold, mereka mendakwa bahawa mereka tidak beroperasi seperti skim piramid.
“Perlu siasat terlebih dahulu, kerana jika transaksinya disekat, wang
orang ramai tidak boleh dikeluarkan, dan emas mereka juga mereka tidak
dapat.
“Ini tidak adil bagi mereka yang sudah menyertai skim ini.
“Saya rasa mereka (Genneva Gold) perlu disiasat apa kesalahan yang mereka buat dengan teliti,” kata Dr Mahathir selepas merasmikan forum World Conference on Riba kali ketiga di Palace of Golden Horses hari ini.
Dr Mahathir berkata, setakat ini tidak ada undang-undang yang mengawal perdagangan emas.
“Jadi kita perlukan undang-undang yang mengawal perdagangan ini, ini penting,” katanya lagi.
Pengasas Yayasan Kepimpinan Perdana itu berkata, orang ramai perlu
membeli dan menyimpan emas kerana nilainya yang stabil berbanding
matawang asing.
Berita lanjut....
Jarumemas: Tun dah lama cakap bab beli emas dan guna Dinar sebagai transaksi dalam perniagaan antarabangsa....
KUALA LUMPUR, 26 Nov — Sistem kehakiman negara perlu dihormati
dan dipertingkatkan kemampuannya sekiranya negara mahu melihat korupsi
dapat dibendung, kata mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau
berkata sistem kehakiman negara perlu mempunyai pengaruh yang cukup
besar dalam membendung masalah korupsi kerana hanya sistem kehakiman
sahaja yang mempunyai keupayaan yang tinggi menangani masalah ini.
"Saya berharap sistem kehakiman dapat menjadi satu pengaruh yang
besar dalam menangani isu corruption...sekiranya sistem kehakiman dapat
dipertingkatkan kemampuannya maka tindakan yang diambil (menjatuhkan
hukuman) mereka akan dipandang tinggi oleh masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menutup forum "Menghapuskan Rasuah: Di
manakah Kejayaan Kita?" Anjuran Institute for Democracy and Economic
Affairs (IDEAS), di sini hari ini.
Abdullah berkata melalui undang-undang yang diluluskan sebelum ini ia
perlu dilaksanakan dengan penguatkuasaan yang menyeluruh agar mereka
yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan.
Pada sidang media beliau berkata sistem tadbir urus kehakiman perlu
sentiasa diperbaiki dan ditambah baik agar ia sentiasa dipandang tinggi
sebagai badan berintegriti.
"Kita tidak boleh kata our governance is the best (tadbir urus kita
terbaik), kita perlu sentiasa perbaiki dan terus tambah baik. Dan pada
pandangan saya ia perlu diperbaiki lagi," katanya.
Ditanya sama ada sistem kehakiman berada di tahap yang baik, Abdullah
berkata sistem kehakiman negara pada masa sekarang sentiasa diperbaiki
dan undang-undang yang diluluskan kerajaan sentiasa diguna pakai dalam
sistem kehakiman negara.
"Saya yakin pada masa-masa akan datang akan ada lagi penambahbaikan
dilakukan kerajaan untuk meningkatkan taraf sistem kehakiman negara,"
katanya. — Bernama
Sumber: Malaysian Insider
Jarumemas: Hakim mesti memastikan keputusan yang dibuat adalah seadil-adilnya bukan kerana sebab lain kerana di akhirat nanti akan diadili oleh Allah atas apa yang telah mereka lakukan semasa di dunia.