Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata perbezaan
fahaman politik di kalangan wakil rakyat tidak sepatutnya menjadi sebab
untuk memecahbelahkan rakyat.
Beliau berkata apabila
seseorang itu menjadi wakil rakyat tugasnya ialah untuk menjaga rakyat
dan bukannya untuk rakyat bergaduh.
"Janganlah timbul masalah.
Biarlah politik dengan politik, parti dengan parti tetapi hubungan
kemasyarakatan tetap baik. Ini harapan saya. Bagi saya, saya boleh duduk
dengan sesiapa," katanya.
Beliau berkata demikian di
persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam ketika menggulung
perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku
Sultan Kedah ketika merasmikan Mesyuarat Belanjawan Negeri 2012.
Azizan
berkata beliau merasa sedikit dukacita apabila berlaku sedikit salah
faham ketika sesi pagi tadi menyebabkan Anggota Dewan Undangan Negeri
Barisan Nasional keluar dewan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan
seorang exco.
Berita lanjut...
Jarumemas: Siapa yang mulakan dulu perbalahan ini, bukan Pas ke dan pakatan pembangkang.
No comments:
Post a Comment