Pagi tadi Jarumemas ke sebuah klinik kesihatan atas tujuan pemeriksaan berkala. Semasa menunggu panggilan untuk masuk ke bilik pemeriksaan, Jarumemas terdengar rungutan dua orang pesakit yang sedang menunggu memperkatakan terntang tindakan pakatan pembangkang yang mahu memansuhkan PTPTN. Mereka menyifatkan pembangkang sebagai tidak berhati perut, 'sengal' kerana jika dimansuhkan PTPTN, pelajar-pelajar yang akan datang tidak akan mendapat pinjaman ini. Di mana mereka hendak mendapatkan wang pembiayaan untuk belajar di IPT kelak. Malah, salah seorang mereka berkata, adik beliau terpaksa membelanjakan duit sendiri untuk membeli buku dan lain-lain bahan pengajian sementara menunggu PTPTN nya diluluskan. Pada cuti semester nanti, adik beliau berhasrat untuk bekerja bagi mendapatkan wang. Jadi, bayangkan kalau PTPTN dimansuhkan pembangkang, ke mana anak0anak Melayu kita hendak mengadu? Kepada pembangkang? Akan ada pelbagai alasan, sebab dah janji nak dimasuhkan tanpa memikirkan kesan yang menunggu. Nak minta dengan BN, kerajaan BN dah tak ada kuasa.
Pembangkang memang pandai menanam tebu di tepi bibir. Anak Melayu yang sentiasa hayal mengikut telunjuk pembangkang akan termakan dengan janji-janji pembangkang. Bangsa asing tak apalah mak bapak, atuk nenek dia banyak duit. Berapa kerat orang Melayu yang kaya. Belum tentu mereka ini nak bantu menaja anak-anak Melayu miskin. Bangsa lain, jangan haraplah. Mereka lebih suka melihat anak-anak Melayu terus layu dan hidup melarat di tanah air sendiri. Jangan harap kau orang akan dapat bantuan seperti mana yang diberikan oleh kerajaan BN kepada anak-anak India dan Cina, yang sentiasa mengancam macam-macam kepada kerajaan jika tidak diberi pinjaman mahupun biasiswa. Dah tu nak pergi belajar ke luar negara, dalam negara 'apa kelas!'.
Jarumemas benar-benar rasa terkilan dengan sikap mereka yang hanya berpura-pura menyokong kerajaan. Percayalah, kalau kerajaan BN kalah PRU13, awal-awal lagi mereka melompat kepada pembangkang dan bersetuju seratus peratus dengan tindakan pembangkang. Orang Melayulah yang akan terkial-kial untuk bangun, tapi apakan daya, dihenyak lagi ada.
Jarumemas bukan rasis, tapi lihat pada sejarah!! Ayuh! bangun orang Melayu dan bumiputera! Petahankan hak kita jangan sampai jadi macam Pak Kaduk, ayam menang kampung tergadai!!