KUALA LUMPUR, 4 Dis – DAP Selangor hari ini mendedahkan Umno negeri
berkenaan menjual dua ekar tanah di Kelana Jaya untuk mengaut keuntungan
dan bukannya membangunkan pusat komuniti.
Tanah berkenaan adalah antara 24 bidang tanah yang didakwa Pakatan
Rayat (PR) Selangor dijual kepada parti komponen Barisan Nasional (BN)
sewaktu negeri tersebut di bawah pemerintahan mereka.
Menurut Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, lot tanah di
Kelana Jaya itu dijual kepada Umno Selangor pada kadar RM1 sekaki
persegi atau sejumlah RM87,000, di bawah harga pasaran iaitu bernilai
RM17.5 juta.
Ketika sidang media semasa lawatan ke tanah berkenaan, beliau berkata
kepada pemberita, BN mempertahankan tindakan mereka dengan mengatakan
tanah itu digunakan untuk tujuan kemasyarakatan dengan membina dewan
serbaguna dan taman asuhan kanak-kanak untuk masyarakat setempat.
“Namun, apa yang berlaku, tanah yang dibeli Umno Selangor itu dijual
kepada pemaju untuk didirikan kondominium kos sederhana,” katanya.
Berita lanjut...
Jarumemas: Pembangkang dah desperado, korek apa saja yang boleh bagi memburukkan UMNO dan BN.
Tuesday, 4 December 2012
Ramli Yusuff: Musa juga pernah salah guna kuasa semasa jadi KPN
KUALA LUMPUR, 4 Dis – Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan
kuasanya semasa memegang jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dan
bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah
melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya
Datuk Ramli Yusuff.
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan urusan polis.
“JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006.
“Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.
“Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan,” kata Ramli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.
Berita lanjut....
Jarumemas: Politiking di mana-mana berlaku...

Polis sangkal dakwaan Nurul Izzah kerana nisbah sebenar 1:500
KUALA LUMPUR, 3 Dis — Jumlah anggota polis belum mencukupi dan
tindakan membeku pengambilan anggota baharu tidak boleh dilakukan kerana
akan menjejas perkhidmatannya kepada masyarakat.
Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene berkata nisbah anggota kepada penduduk di negara ini adalah 1 untuk 500 dan ini menjadikan beban tanggungjawab polis tinggi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas jika pakatan pembangkang memerintah, mereka akan merancang membekukan pengambilan baharu anggota polis kerana mendakwa nisbah anggota polis dengan penduduk di negara ini melebihi statistik piawaian antarabangsa.
Berita lanjut.....
Jarumemas: Cuba alih isu...

Tender AES dibuat secara telus, kata Ketua Pengarah JPJ
KUALA LUMPUR, 4 Dis — Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ), Datuk Solah Mat Hassan menafikan dakwaan sesetengah pihak
perlantikan pembekal teknologi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
dilaksanakan tanpa mengikut tender dan dibuat secara
tergesa-gesa.
Menurutnya, AES merupakan teknologi terkini bagi mendapatkan gambaran serta membuat penilaian keberkesanan sistem ini di negara-negara yang melaksanakannya.
“Lawatan ke negara-negara tersebut telah dibuat oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) pada tahun 2005.
“Di antara negara yang dilawati adalah Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Perancis, United Kingdom dan Switzerland yang menggunakan teknologi AES, dan lawatan juga dilakukan ke negara China bagi meninjau dan menilai teknologi AES di negara tersebut,” kata Solah dalam satu kenyataan hari ini.
Berita lanjut....
Jarumemas: AES buat pemandu memandu lebih berhemah, ya ke?

Subscribe to:
Posts (Atom)