Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP), Datuk Harun Taib mengakui terdapat
ahli yang bercelaru kerana merasakan bahawa isu hudud tidak perlu
dibicarakan dalam era tahaluf siayasi (kerjasama politik) susulan
pelbagai pandangan dan lontaran idea dari luar parti.
Beliau menegaskan "kecelaruan pemikiran" tersebut timbul kerana kegagalan mereka untuk mengikuti tarbiyah daripada parti itu.
"Dalam
isu hudud, ada ahli yang bercelaru merasakan bahawa ianya tidak perlu
dibicarakan dalam era Tahaaluf Siyasi. Setengahnya terkeliru dengan
pandangan bahawa hudud tidak perlu dilaksanakan kerana keadaan
bermasyarakat rakyat Malaysia yang belum kondusif.
"Ini semua
adalah kecelaruan pemikiran kerana gagal mengikuti tarbiyah PAS.
Perjuangan menegakkan hudud merupakan agenda Islam dan sudah pasti
menjadi agenda PAS," kata Harun.
Berita lanjut...
Jarumemas: Pendirian pemimpin Pas yang membuatkan ahli parti bercelaru.
No comments:
Post a Comment