Seorang pengulas kanan Australia menganggap senator bebas Nick Xenophon
bertindak 'bodoh atau sengaja mempromosi diri' berhubung episod di
Malaysia hujung minggu lalu.
Editor berita luar negara akhbar The Australian, Greg Sheridan berkata tindakan Xenophon meminta kerajaan Australia memantau pilihan raya umum di Malaysia nanti adalah 'bodoh dan tidak praktikal'.
Sheridan juga menuduh Xenophon 'berkempen hanya untuk sebelah pihak politik Malaysia - pihak pembangkang'.
Beliau berkata Menteri Luar Bob Carr bertindak betul dengan tidak memperbesarkan isu pengusiran Xenophon dan dengan bersetuju terhadap kenyataan rakan sejawatannya dari Malaysia bahawa isu itu tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.
"Carr tidak perlu mengambil tindakan lanjut berhubung perkara itu dan kemungkinan pun tidak," katanya.
Jarumemas: kalau nak masuk rumah orang janganlag seperti pencuri, beri salam terlebih dulu!!