18 Nov — Muktamar tahunan Pas kali ke 58 yang berlangsung di Pusat
Tarbiyah Islamiyah (Putik) di Kelantan selama tiga hari telah pun
melabuhkan tirai lewat petang ini dengan sempurna seadanya. Selama empat
hari tiga malam ahli, penyokong Pas dan pemerhati berkampung di Kota
Bharu Kelantan. Muktamar bermula dengan sidang oleh ketiga-tiga dewan
yang merupakan sayap kepada Pas, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan
Muslimat pada 14 Novermber hingga 15 Novermber.
Muktamar penuh bermula pada 16 November dengan dihadiri oleh hampir
2,000 perwakilan dan 4,000 para pemerhati dari seluruh negara. Turut
sama hadir dimajlis perasmian ialah Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan
ismail, Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Geok dan lain-lain jemputan
kenamaan.
Menambahkan kemerihan dan “kesumringahan” muktamar itu juga ialah
himpunan rakyat yang diadakan pada sebelah malam 16 November bertempat
di stadium Sultan Mohamad Ke IV. Kehadiran lebih 40,000 dengan
menampilkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim
memberi pentanda sihat yang Pas dan Pakatan Rakyat kian mendapat
sambutan.
Berita lanjut...
Jarumemas: Tetap mengagumi Rasulullah yang amat menyayagi umatnya....
No comments:
Post a Comment