Saksi rakyat Palestin menceritakan pengalaman perit kehilangan orang
kesayangan mereka di tangan tentera rejim Israel dengan seorang ayah
berkata: "Askar terbabit langsung tidak menunjukkan belas kasihan."
Salah
Al Sammouni, 33, saksi pertama yang memberi keterangan pada pendengaran
Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur mengenai Palestin, berkata
askar Israel membunuh 21 anggota keluarganya termasuk anak perempuannya
pada 5 Januari 2009, ketika menyerang kampungnya di Gaza.
"Pada
hari berkenaan, 21 anggota keluarga saya mati di rumah yang sama pada
masa yang sama," katanya menerusi penterjemah, dengan air mata
berlinangan.
Menjawab soalan Prof Gurdial Singh Nijar yang
mengetuai pasukan pendakwaan sama ada mereka yang membunuh keluarganya
berpakaian seragam, Salah berkata: "Ya. Saya lihat mereka selama
beberapa jam. Mereka memakai seragam tentera...sudah tentu saya mahu
pembunuh terbabit dipenjarakan.
Berita lanjut....
Jarumemas: Ya Allah, hantarlah burung hud-hud seperti mana yang pernah kau lakukan ke atas tentera Abrahah yang mahu meruntuhkan Kaabah.
No comments:
Post a Comment