Rakyat Palestine bukan sahaja diserang bedilan bom dan bidikan senjata
api, malah turut diancam dengan gerakan penghapusan bangsa secara senyap
oleh Israel, kata Penasihat Yayasan Keamana Sedunia Perdana Malaysia
(PGPF) Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Beliau berkata antara
kekejaman yang dilakukan Israel adalah membuang sisa buangan termasuk
daripada sistem pembetungan ke dalam laut yang akhirnya mencemari pantai
Gaza.
"Pantai
Gaza tercemar dengan pelbagai bahan toksik. Ikan (yang ditangkap di
situ) yang merupakan sumber makanan utama penduduk Gaza disyaki diracuni
toksik," katanya.
Mukhriz memberitahu pemberita demikian selepas
menerima sumbangan daripada Bank Perusahanan Kecil dan Sederhana
Malaysia Berhad (SME Bank) di pejabatnya hari ini.
Berita lanjut....
Jarumemas: Di Malaysia pula bagaimana?
“Keadaan semasa di Sungai Petani, Kedah masih tenang dan terkawal, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin dan terlebih dahulu mendapatkan kesahihan sesuatu kejadian,” katanya.
Beliau berkata penyebaran maklumat dan berita palsu di media sosial yang tidak merujuk kepada kesahihan sesuatu kejadian bukan sahaja perbuatan yang tidak bertanggungjawab malah ia juga adalah satu perlakuan jenayah yang boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada.
Ramli berkata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa, dan maklumat terkini juga boleh diperolehi daripada Facebook dan Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia. – Bernama
Jarumemas: Jangan sampai tragedi 13 Mei 1969 tercetus lagi. Kami yang pernah mengalaminya tidak senang suduk dibuatnya memikirkan tentang keselamatan anak pinak, emak ayah dan jiran tertangga semasa peristiwa itu berlaku.