Datuk Seri Najib Tun Razak yakin rakyat akan menerima sesiapa sahaja
yang menjadi calon Barisan nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13
(PRU-13) nanti kerana rakyat percaya kepada dasar transformasi kerajaan
yang baik.
"Saya melihat sambutan rakyat sangat menggalakkan kerana mereka sudah yakin bahawa dasar transformasi yang dibawa oleh BN boleh menguntungkan rakyat dan menjamin masa depan yang jauh lebih baik," kata perdana menteri yang juga pengerusi BN, pada sidang media selepas perjumpaan dengan pemimpin BN negeri dan Majlis Tertinggi komponen BN Sarawak di Kuching hari ini.
Najib, yang mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Sarawak, berkata BN harus mengambil kira penerimaan calon dalam kalangan rakyat atas faktor itu.
"Saya sudah sedikit sebanyak memutuskan tentang senarai calon. Tunggu dan lihat bila tiba waktunya nanti," katanya.

Jarumemas: Neraca adalah sebaik-baik timbangan...