Monday, 26 November 2012

Ribuan berhimpun di PJ menentang pelan pendidikan nasional

PETALING JAYA, Nov 25 — Beribu-ribu rakyat berhimpun di padang bola sepak di sini dalam perhimpunan dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong bagi membantah Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini dengan kebimbangan sekolah vernakular akan diketepikan. 

“Kami menggesa kerajaan memenuhi kehendak rakyat, melaksanakan dasar sekolah pelbagai bahasa dan pastikan ia terkandung dalam dasar persekolahan arus perdana, untuk memberi layanan yang adil dan memelihara ciri-ciri pendidikan vernakular,” kata presiden Dong Zong, Yap Sin Tian dalam ucapan kepada orang ramai yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina. 

Penunjuk perasaan bersorak dan bertepuk tangan menyokong, mereka berdiri di bawah panas matahari, sambil membawa payung dan sepanduk. 

Penunjuk perasaan lain duduk di atas platform dan dalam beberapa kanvas khemah putih, manakala pegawai RELA turut dikesan. 

Sepanduk kanvas putih dengan slogan seperti “Membantah KPM mepinggirkan SJKC, SJKT, Sekolah Tamil, Sekolah Mubaligh, SMJK” yang ditulis dalam bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan Tamil digantung di dua sisi padang. 

Parti-parti politik juga menunjukkan kehadiran, dengan bendera PAS, PKR dan DAP yang turut dilihat di padang. 

Penceramah daripada pelbagai organisasi mengambil giliran untuk bercakap kepada orang ramai yang bersemangat, dengan beberapa menekankan perhimpunan itu bukan perhimpunan anti-kerajaan.


Jarumemas: Apa lagi ynag tak cukup? Dah banyak peruntukan yang dihamburkan oleh kerajaan, sekurang-kurangnya berterima kasihlah atas segala pemberian.

No comments:

Post a Comment