GEORGETOWN - Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini
meluluskan rang undang-undang 'Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang
(Pindaan) 2012' bertujuan membanteras amalan melompat parti untuk
mendapatkan habuan.
Rang undang-undang yang dibentangkan Ketua Menteri Lim Guan Eng
(DAP-Air Putih) itu dibahaskan dalam tempoh sehari sebelum diluluskan
dengan undian dua pertiga.
Dalam pembentangannya Guan Eng berkata, rang undang-undang itu telah
digubal dengan kerjasama dan sokongan penuh semua parti dalam Pakatan
Rakyat di Pulau Pinang. Ia bertujuan membanteras budaya tidak sihat dan
tidak beretika.
"Dari awal lagi dasar kami untuk membanteras budaya lompat telah
ditentang keras tetapi pendirian kami adalah bahawa hak membuat
keputusan muktamad dalam pilihan raya adalah hak rakyat.
"Rang undang-undang itu memperuntukkan bahawa seseorang anggota dewan
yang telah dipilih sebagai calon sesebuah parti politik hendaklah
mengosongkan kerusinya sekiranya dia melepaskan atau dilucutkan
keanggotaannya atau berhenti daripada menjadi anggota parti politik
tersebut atas apa-apa juga sebab," katanya.
Selain itu, katanya, seorang anggota yang dipilih sebagai calon bebas
hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya beliau menyertai suatu parti
politik. - Bernama
Sumber: Malaysia Chronicles
Jarumemas: Sebab dah terkena batang hidung ramai AP yang keluar parti jadi AP Bebas.
Friday, 2 November 2012
Jangan Percaya Fitnah Pembangkang Yang Tidak Nampak Kebaikan BN, Kata Jainab
KOTA KINABALU,-- Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Jainab Ahmad membidas sikap pemimpin pembangkang yang lebih gemar menyebar fitnah bagi memburukkan kerajaan meskipun mereka sedar pencapaian kerajaan sedia ada cukup membanggakan.
Beliau berkata parti pembangkang kini kelihatan seolah-olah tidak dapat membezakan "apakah yang baik dan tidak baik" khususnya yang dilakukan atau dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Setiap hari mereka menjaja keburukan dan kelemahan kerajaan kepada rakyat bagi menanam kebencian sedangkan kerajaan BN bersungguh-sungguh menolong dan memperbaiki kehidupan rakyat.
"Keadaan ini amat mengecewakan kerana ketika kerajaan BN bekerja keras membela nasib rakyat, pembangkang pula bekerja keras memutar belit fakta untuk menfitnah kerajaan," katanya ketika berucap sempena Program Salam Sayang Wanita UMNO Sepanggar di Sepanggar di sini pada Jumaat.
Jainab berkata parti pembangkang hanya pandai mengkritik tetapi pada masa yang sama gagal membawa idea baharu untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dalam semua aspek termasuk aspek ekonomi dan sosial.
Sumber: Malaysia Chronicles
Jarumemas: Sesungguhnya fitnah itu lebih buruk dari membunuh.
Ketua Menteri digesa kemuka jawapan dalam tempoh 24 jam
GEORGE TOWN - Wakil rakyat pembangkang Pulau Pinang hari ini mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengemukakan jawapan bagi kesemua soalan lisan dan bertulis dalam tempoh 24 jam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah berkata, Ketua Menteri hanya menjawab satu daripada 30 soalan yang dikemukakannya.
Beliau berkata, semua transkrip jawapan sepatutnya diletakkan di atas meja setiap wakil rakyat selepas soalan lisan dibacakan, dan kegagalan berbuat demikian menunjukkan pengurusan kerajaan negeri tidak cekap.
"Minggu depan sudah ada sesi perbahasan. Kami perlu maklumat dalam jawapan itu, takkanlah kita nak berbahas secara rambang kerana ini akan menjejaskan kualiti debat," katanya kepada pemberita.
Arif berkata jika Ketua Menteri tidak mengemukakan jawapan dalam tempoh yang ditetapkan, ini bermakna beliau mengaku kerajaan negeri lemah dan tiada integriti.
Sumber: Malaysia Chronicles
Jarumemas: Jawab jangan tak jawab Guan Eng.
Menganalisa sistem politik BN
KUALA LUMPUR, 1 Nov — Ramai orang bertanya saya, apakah
bentuk kepimpinan Barisan Nasional (BN)? Ini kerana, sistem BN hanya
satu di dunia dan sangat berbeza dengan sistem politik atau kepimpinan
negara demokrasi.
Nasib baik rakyat sekarang ada pilihan selain BN iaitu gabungan antara PKR-PAS-DAP untuk mengganti Barisan Nasional bagi memerintah negara.
Berita lanjut....
Jarumemas: Pilih yang terbaik dan boleh memandu negara dan rakyat ke arah kebaikan dan kemajuan.
Najib to spring a GE13 SURPRISE?
Speculation is swirling that Prime Minister Najib Razak may spring a surprise and dissolve Parliament these few days in a bid to salvage his coalition's chances of retaining control of the federal government.
"Some of the Umno-BN MPs are saying he will dissolve next Monday. It is his prerogative, so it's hard to tell if this time, he will really go for broke. But we are all tired of waiting," PKR MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Indeed, the guessing game over when Malaysia's 13th general election will be held has gone beyond mere tradition. Najib's indecisiveness has given the Opposition opportunity to fire deadly salvos at his corrupt administration, with the latest involving a minister in his own department - Nazri Aziz.
Nazri's son Nedim was accused of receiving an expensive US-made SUV from a Sabah tycoon who had previously been accused of carrying out money-laundering activities for Sabah Chief Minister Musa Aman. Yet Nazri has insisted there was nothing corrupt about this and that the scandal would not affect the BN's chances in GE13.
“Why should it be a problem? It is between him (Nedim) and Michael (Chia). Ask him (Chia) if it is a problem. Why (would this) harm BN? Why BN?” Nazri shot back when surrounded by reporters a day ago.
Read more....
Jarumemas: Just speculations???
Subscribe to:
Posts (Atom)