BAGAN DATOH, 25 Nov — Tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim memohon bantuan Australia kononnya untuk memastikan
pilihan raya di negara ini bebas dan bersih hanya “helah” untuk menutup
kelemahan pembangkang sekiranya kalah pada pilihan raya umum ke-13 akan
datang.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembangkang sebenar terdesak dan apabila kalah pada pilihan raya umum akan datang, mereka akan menyalahkan sistem dan kerajaan sedia ada.
“Kita tahu bahawa ini dibuat adalah bagi mengaburi kelemahan yang ada pada mereka (pembangkang),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia di Wisma Umno di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pertemuan dengan semua anggota Parlimen pada dua minggu lepas bagi mendapatkan maklum balas mengenai proses pilihan raya, hanya segelintir anggota Parlimen pembangkang menghadirinya.
“Mereka ‘berkokok’ di luar, sepatutnya mereka (hadir) bertanya dan menyelesaikan masalah ketika majlis dialog dan taklimat itu diadakan...mereka harus berunding dengan pihak SPR, kerana SPR terbuka dalam menentukan sistem dan perubahan yang mahu diadakan,” katanya.
Pada 21 Nov lepas, Menteri Luar Australia Senator Bob Carr berkata Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Anwar. — Bernama
Sumber: Malaysian Insider
Jarumemas: Anjing takut dengan bayang-bayang sendiri!!!

No comments:
Post a Comment