Datuk Seri Najib Tun Razak berkata anggota Umno seharusnya mendedahkan
semasa Perhimpunan Agung Umno 2012 bahawa PAS adalah sebuah parti
politik yang berselindung di sebalik imej Islam.
Perdana Menteri
berkata sekiranya Umno dapat mengemukakan hujah-hujah bernas tentang
jati diri PAS yang sebenarnya kepada rakyat, beliau yakin Umno akan
muncul sebagai parti yang utama dalam kalangan orang Melayu.
"PAS
perlu menggambarkan parti itu sebagai sebuah parti Islam. Tapi sama ada
perbuatan itu (doa menghancurkan Umno dan BN, BN) adalah benar-benar
menepati prinsip dan syariat Islam atau sebaliknya ia merupakan sebuah
parti politik yang berselindung di sebalik imej Islam. Itu yang harus
dibincang oleh parti Umno.
"Kalau kita dapat mengetengahkan
hujah-hujah yang bernas, maka kita boleh muncul sebagai parti yang utama
di kalangan orang Melayu," katanya dalam temubual eksklusif bersama
para pengarang Bernama dan Utusan sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di
pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.
Berita lanjut....
Jarumemas: Bolehkah kita membuat solat hajat dan membaca Qunut Nazilah meminta Allah menyedarkan Pas?
No comments:
Post a Comment