Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil menegaskan Umno
berdepan dengan cabaran getir untuk menjaga kuasa Melayu yang
dianggapnya "bagai telur di hujung tanduk" selepas pilihan raya umum
2008.
Tegas bekas menteri kabinet itu, jika parti itu tidak
bertindak mulai sekarang, kuasa Melayu "akan semakin terpinggir"
kemudiannya.
"Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu
di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani
dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian di bumi sendiri.
"Pepecahan
undi Melayu akan melunturkan kuasa politik Melayu yang sedia ada. Pada
hari ini kuasa ekonomi bukan ditangan orang Melayu. Adakah kita sanggup
hilang kuasa politik juga?" katanya.
Berucap dalam Perhimpunan
Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini yang bertemakan
"Anjakan Untuk Melonjakkan Kemenangan", Shahrizat berkata jika Umno
lemah, maka percayalah risikonya akan dirasai oleh semua kaum.
Selanjutnya....
Jarumemas: Bangkitlah orang Melayu pertahankan hak kita jangan sampai terlepas!!
No comments:
Post a Comment