Difahamkan, sebaik pintu sempadan dibuka jam 7 pagi, orang ramai terutama warga tempatan termasuk pelancong asing dilaporkan sudah sedia menunggu dan beratur panjang untuk masuk ke negara ini menerusi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di sini.
Jumlah pelancong Malaysia termasuk rombongan beberapa agensi kerajaan ke Thailand menerusi pintu sempadan di sini, dilaporkan meningkat sejak petang Jumaat lalu, berikutan cuti hujung minggu.
Jurucakap Jabatan Imigresen di Bukit Kayu Hitam, berkata berlaku sedikit kesesakan sejurus pintu sempadan dibuka sejak awal pagi semalam, apabila orang ramai terutama rakyat tempatan yang berada di Thailand berpusu-pusu masuk ke Malaysia.
“Bagaimanapun, kesesakan itu kembali pulih kira-kira jam 11 pagi, namun pergerakan masuk ke tanah air tidak putus sehingga lewat petang dan dijangka berterusan sehingga pintu sempadan tutup jam 12 tengah malam ini (semalam).
“Manakala, pergerakan keluar dari Malaysia ke Thailand pula dilaporkan perlahan berbanding jumlah biasa,” katanya dipetik dari Berita Harian.
Dianggarkan 900 hingga 1,000 orang keluar ke Thailand menerusi sempadan setiap hari dan jumlah itu meningkat sehingga 1,500 orang setiap hujung minggu dengan 80 peratus daripadanya membabitkan rakyat Malaysia.
Pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, menjadi pilihan utama rakyat tempatan untuk melancong ke Hatyai menerusi jalan darat berbanding Padang Besar dekat Perlis kerana kemudahan lebuh raya. Dari Bukit Kayu Hitam ke Pekan Hatyai, Thailand hanya kira-kira 40 kilometer.
Sementara itu, kebanyakan pelancong tempatan yang ditemui mendakwa mereka terpaksa mengambil keputusan pulang lebih awal ke tanah air kerana berasa tidak selamat jika terus berada di negara itu.-
Sumber: Agendadaily
Jarumemas memang tak berapa minat melancong ke negara gajah putih tu sebab bimbangkan keselamatan diri semasa di sana. Buat masa ini eloklah tangguhkan dulu bercuti ke tempat-tempat yang bergolak ini. Di negara kita masih banyak tempat yang boleh dilawati.