Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilaporkan tidak akan
hadir ke Muktamar PAS ke-58 yang bakal berlangsung di Kota Bharu bermula
Jumaat kerana memenuhi undangan rasmi ke luar negara.
Akhbar Berita Harian menyebut, Nasharudin berada di luar negara sejak Ahad dan undangan tersebut diterima sejak awal lagi.
Nasharudin
memberitahu akhbar tersebut bahawa ketidakhadirannya itu "bukan isu
besar" dan yakin PAS tidak akan mengenakan apa-apa tindakan ke atasnya.
"PAS
tiada masalah kalau memang beliau atau mana-mana ahli muktamar ada
urusan lain yang lebih penting. Tak adalah sampai nak ambil tindakan
sebab ini biasa.
"Mungkin ramai yang mahu melihat tempat duduknya
selepas tidak lagi berada di atas pentas itu saja," katanya seperti
dipetik akhbar itu.
PAS dalam satu kenyataan pada September lalu
menyatakan kontroversi melibatkan Nasharudin dan parti itu dibincangkan
atas prinsip "sahabat" dan tidak melayan MP Bachok itu sebagai musuh.
Berita lanjut....
Jarumemas: Orang dah tak suka pandai-pandailah bawak diri.
No comments:
Post a Comment