KUALA LUMPUR, 8 Mei — Kerajaan Arab Saudi meminta Malaysia mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan rakyat negara ini tidak terlibat dalam sebarang demonstrasi atau perhimpunan haram di Makkah dan Madinah seperti mana yang berlaku di kedua-dua kota suci umat Islam itu pada 26 April lepas.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata perkara itu dinyatakan kerajaan Arab Saudi menerusi satu nota diplomatik bertarikh 3 Mei, yang dikeluarkan oleh kedutaannya di sini.
“Dalam surat itu juga, kita telah diminta supaya menasihatkan rakyat kita agar mematuhi undang-undang dan norma-norma tempatan Arab Saudi,” katanya pada sidang media di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di sini, hari ini.
Media melaporkan pihak berkuasa Arab Saudi sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap penganjuran perhimpunan itu, yang didalangi pembangkang, di Makkah dan Madinah.
Jarumemas: Bersih 3 ini bukan sahaja menyusahkan negara tetapi turut menyusahkan bakal-bakal jemaah haji dan umrah negara. Kalau kerajaan Arab Saudi bertindak serupa kepada jemaah Brunei suatu ketika dulu, bakal-bakal jemaah Malaysia akan terpaks berputih mata buat seketika untuk menunaikan haji dan umrah. Persoalannya, rakyat masih tidak nampak kah apa yang pembangkang telah lakukan demi mencapai hajat hati yang Allah masih tidak izinkan untuk mereka memerintah negara. Rakyat perlu membuat perhitungan dengan pembangkang yang lebih banyak melakukan kerosakan daripada pembangunan dalam negara sekarang ini.