KUALA LUMPUR, 26 Nov — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno kekal teguh dalam memperjuangkan kebajikan rakyat dan negara selama ini.
“Kami
membentuk semula Umno.
Namun, kami masih parti yang sama dengan prinsip
yang sama. Kami masih memperjuangkan bangsa, agama dan negara. Itu
objektif utama Umno walaupun cara (sekarang) mungkin berbeza,” katanya
kepada pemberita, di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata sudah menjadi taktik pembangkang selama ini untuk menuduh kerajaan tidak melakukan secukupnya untuk rakyat.
“Kami akan diberitahu masih banyak yang perlu dilakukan kerana itu
tugas pembangkang untuk mengatakan (apa yang kerajaan) lakukan tidak
cukup.
“Bagaimanapun, kerajaan perlu memberi respons dengan mempertimbangkan
sama ada mencukupi atau tidak. Kadang-kadang apa yang dinyatakan
pembangkang adalah karut, kita tidak perlu ikut,” katanya yang ditemui
selepas menganjurkan jamuan tengah hari untuk peserta forum antarabangsa
‘Konflik dan Pendamaian dalam Politik Rakyat — Menoleh ke Belakang atau
Memandang ke Hadapan?’, sempena Perhimpunan Agung Umno 2012.
Berita lanjut....
Jarumemas: Dan UMNO juga yang menwujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
No comments:
Post a Comment