Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan yang
diterajui oleh BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan
perkataan 'Allah' dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia.
Lim, dalam
mesejnya hari ini sempena sambutan Krismas berkata, dalam semangat cuti
yang melambangkan keamanan, "sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga
boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan prinsip-prinsip
kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti.
"Atas
sebab ini, DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan
penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia seperti
yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan
diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun."
Berita lanjut....
Jarumemas: Perkataan ALLAH hanya untuk ISLAM sahaja, tidak boleh digunapakai oleh agama lain, harap maklum!!!
Monday, 24 December 2012
Beri PM mandat pertama dalam PRU13, kata Gobala
Rakyat perlu memberi mandat pertama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-13 dengan penuh bermakna, kata Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan.
Katanya, ia untuk memboleh Najib dapat meneruskan dasar transformasinya demi kemajuan negara dan kemakmuran hidup rakyat di negara ini.
"Tidak ada sifat pilih kasih yang diamalkan perdana menteri menyebabkan rakyat pelbagai kaum di negara ini merasa dihargai dan mendapat bahagian yang sama selaras dengan dasar transformasi yang diamalkan kerajaan," katanya.
Gobalakrishnan memberitahu Bernama demikian selepas menyampaikan bantuan pakaian seragam sekolah kepada 50 keluarga tidak berkemampuan di Lunas, di Padang Serai petang semalam.
Berita lanjut....
Jarumemas: Sewajarnya Datuk Seri Najib diberikan mandat ini supaya Malaysia terus maju dan maju...

Jelajah Oren: Kenderaan dirosak, 2 peserta cedera
Sebuah kenderaan pacuan empat roda konvoi Jelajah Oren ‘Selamatkan
Felda” dipecahkan cerminnya manakala dua peserta konvoi itu cedera dalam
satu kejadian di Negeri Sembilan.
Berikutan itu, beberapa pemimpin PAS dan PKR serta mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.
Kejadian itu berlaku lebih kurang jam 10 pagi di Jalan Dangi-Jelai yang hanya beberapa meter sahaja dari simpang utama ke Felda Bukit Rokan Utara.
Ia berlaku apabila peserta Jelajah Oren itu dihalang oleh lebih kurang 80 peneroka dan anak peneroka Felda Bukit Rokan Utara yang dipercayai penyokong Umno dan BN berdasarkan rata-rata mereka memegang bendera BN dan Umno.
Menurut Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, sejurus peserta Jelajah Oren tiba di situ, terdapat sekatan jalan yang dibuat peneroka Felda Bukit Rokan Utara di tengah-tengah jalan.
Dalam kekecohan tersebut, sebuah kereta pacuan empat roda milik salah seorang peserta Jelajah Oren dirosakkan apabila cermin depan dan cermin tingkap sebelah kiri dipecahkan oleh lelaki-lelaki yang tidak dikenali.

Jarumemas: Kalau dah tahu kawasan itu kawasan UMNO dan BN kenapa mesti nak tujah juga diri masuk ke halaman mereka.
NUTP: Cadangan ambil guru bahasa Inggeris dari India perlu kajian mendalam
KUALA LUMPUR, 22 Dis — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP) mahu kajian mendalam dilakukan berhubung cadangan mengambil guru
bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar di negara ini.
Presidennya Hashim Adnan berkata perbincangan perlu dilakukan dengan pakar dalam bahasa itu bersama NUTP dan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sebarang keputusan dibuat akan menguntungkan kerajaan.
“Kajian lebih mendalam perlu diatur supaya ia tidak menjadi kerugian di mana-mana pihak. Kedua, adalah lebih baik perbincangan dibuat dengan para profesor bahasa Inggeris di negara ini bersama kesatuan dan kementerian dan apa keputusan dibuat selepas itu sudah pasti akan menguntungkan kerajaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Berita lanjut...
Jarumemas: Biarlah keputusan yang dibuat bukan sahaja menguntungkan kerajaan tetapi juga penerimanya, iaitu para pelajar kita.

Ubah: Jalan selamat bangsa Melayu – Sakmongkol AK47
24 Dis – Bila saya tulis rencana dalam bahasa Melayu, komen nya
tidaklah sebanyak komen yang datang seperti kalau saya tulis dalam
bahasa Inggeris. Maka adalah beberapa orang yang menghantar e mail
kepada saya, bertanya mengapa jadi demikian? Adakah kerana tulisan saya
tidak dipedulikan oleh pembaca Melayu? Mereka pun mengejek ngejek saya,
tulisan kamu tidak laku.
Mungkin itulah sebabnya - orang Melayu kurang membaca tulisan saya. Sebab itu tak banyak komen. Kalau dalam bahasa Inggeris, komen nya datang bersusun susun dari bangsa bukan Melayu.
Sama ada betul atau tidak pandangan yang demikian saya tidaklah tahu, jumlah pembaca yang membaca lebih penting kepada saya daripada jumlah yang hantar komen. Jumlah pembaca artikel saya tetap banyak sama seperti jika ia nya dutulis dalam bahasa Inggeris.
Maka saya boleh katakan- jika tidak ada banyak komen bila artikel saya ditulis dalam bahasa Melayu, mungkin kerana kandungan nya dipersetujui oleh ramai orang Melayu. Jika ramai yang setuju, maka gelap masa depan Umno. Atau yang kurang membaca artikel2 saya ialah Melayu Umno. Jika demikian, ianya tidaklah merunsingkan. Melayu Umno lebih gemar baca komik, majallah gila2 dan cerita2 dalam Mestika.
Orang macam ini akan terus menyokong Umno. Yang kita mahu yakinkan ialah pengundi Melayu yang atas pagar.
Ini satu lagi artikel dalam BM. Ianya mengenai harga diri atau maruah. Maruah suatu bangsa yang disebut sebagai bangsa yang tersohor dan mulia tapi yang meletakkan masa depan nya pada tangan orang lain. Oleh kerana meletakkan masa depan dalam tangan orang lain, mereka telah jatuh maruah kebawah pada beberapa darjat nya. Siapakah yang menyebabkan bangsa Melayu jadi demikian?
berita lanjut....
Jarumemas: Melayu tak kan hilang di dunia tapi Melayu boleh hilanag maruh diri jika sanggup dijadikan kuda tunggangan oleh bangsa asing.

KPDNKK gerak 1,900 pegawai pantau harga barangan terkawal sempena Krismas
KUALA LUMPUR, 23 Dis — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggerakkan seramai 1,900 anggota
penguatkuasa dan 1,600 pegawai pemantau harga di seluruh negara bagi
memastikan peniaga mematuhi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas
2012.
Timbalan Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata seramai 67,000 anggota skuad pengguna yang antaranya terdiri daripada surirumah dan pelajar turut membantu memantau harga barangan terkawal.
"Orang ramai juga boleh bersama membuat aduan mengenai peniaga yang tidak mematuhi skim tersebut menerusi e-mel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my atau talian bebas tol 1-800-886-800, SMS ke 15888 dengan menaip "KPDNKK ADUAN" <butiran aduan> atau lapor terus ke pejabat KPDNKK di seluruh negara," katanya selepas melawat Ben's Independent Grocer di Publika di sini, hari ini.
Berita lanjut....
Jarumemas: pemantauan ini janganlah hanya ketika musim perayaan saja, lakukanlah sekerap mungkin agar pengguna terus terbela.

Gunakan sistem demerit Kejara bersama AES, kata bekas pengarah Miros
KUALA LUMPUR, 23 Dis — Sistem demerit Kejara untuk pemandu
degil harus dilakukan bersama dengan Sistem Penguatkuasaan Automatik
(AES) untuk mendenda pemandu yang melanggar had laju, kata bekas ketua
jabatan keselamatan jalan raya Malaysia.
Professor Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, ini untuk
memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya, menurut
laporan yang dipetik dari akhbar mingguan berbahasa Inggeris New Sunday
Times (NST) hari ini.
“Sesetengah pengguna jalan raya yang degil mempunyai wang
untuk membayar denda, tetapi jika AES disokong dengan sistem demerit
(Kejara), pengguna jalan raya akan menyedari mereka tidak boleh
mengambil risiko jika lesen mereka ditarik balik, dan hak mereka untuk
memandu akan hilang,” kata bekas pengarah urusan Institut Kajian
Keselamatan Jalan Raya (Miros) itu.
Jarumemas: Setuju dengan cadangan ini.
Guru bingung dengan cadangan import guru bahasa Inggeris dari India
KUALA LUMPUR, 23 Dis — Rancangan Putrajaya untuk
mengimport guru bahasa Inggeris dari India kelihatan ditentang oleh para
pendidik yang meragui idea dari kerajaan untuk membantu pelajar
menguasai bahasa tersebut.
Guru bahasa Inggeris tempatan dan kumpulan reformasi pendidikan ketika dihubungi The Malaysian Insider merasa
gusar dengan apa yang mereka sifatkan sebagai “penyelesaian jangka
pendek”, yang tidak akan membantu kelas berbilang kaum untuk
mempelajarinya, kerana penggunaan loghat yang berbeza.
“Saya ingin bertanya, kenapa kita perlukan orang asing
mengajar rakyat Malaysia?” kata Khairun Nisa yang mengajar bahasa
tersebut di sebuah sekolah di Manjung, Perak.
Guru yang berusia 27 tahun itu berkata dakwaan kerajaan
mengenai kekurangan guru bahasa Inggeris adalah mitos dan tidak masuk
akal.
Jarumemas: Teman memang tak setuju kerana masih ramai lagi rakyat kita yang fasih berbahasa Inggeris. Kerajaan boleh meminta guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara supaya menjadi tenaga pengajar yang diambil secara kontrak dan dibayar setiap jam dengan upah yang sewajarnya daripada mengambil orang luar yang sudah tentu kerajaan perlu membiayai mereka dari segi kebajikan mereka. Teringat pepatah, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan....
Kit Siang: Hukuman penjara ke atas Umar bukti sistem keadilan negara masih buruk
KUALA LUMPUR, 22 Dis — Hukuman penjara satu bulan
terhadap mahasiswa yang menyertai “Occupy Dataran”, Umar Mohd Azmi
membuktikan sistem keadilan jenayah masih buruk, kata ahli parlimen Ipoh
Timur Lim Kit Siang.
“Hukuman penjara satu bulan berserta dengan denda maksimum RM1,000 terhadap mahasiswa yang menyertai “Occupy Dataran” Umar Mohd Azmi telah menjadi peristiwa menggemparkan negara juga antarabangsa kerana benar-benar merupakan satu peringatan dahsyat dan memeranjatkan.
“Sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-13 bahawa meskipun terdapat laungan slogan tentang program transformasi kerajaan, ekonomi, pendidikan, sosial dan politik, sistem keadilan jenayah di Malaysia masih teruk di bawah empat tahun pemerintahan Datuk Seri Najib Razak,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Berita lanjut....
Jarumemas: Kit Siang jangan nak jadi hero dalam soal ini. Kalau tak buat salah masakan kerajaan nak mengambil tindakan. Berdemonstrasi bukannya budaya hidup di Malaysia. Ini semuanya terikut-ikut dengan rentak pihak-pihak tertentu yang mahukan 'political mileage'.
Tergelincirnya Malaysia dalam Sains dan Matematik tidak memeranjatkan, kata PAGE
KUALA LUMPUR, 22 Dis — Pelajar Malaysia akan terus
tergelincir dalam Matematik dan Sains jika dasar pendidikan semasa tidak
berubah, sebuah kumpulan lobi pendidikan memberi amaran.
“Kami sudah jangka keputusan akan jadi begitu.. Jika kita teruskan apa yang kita lakukan sekarang, kita akan terus merosot,” kata Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim kepada The Malaysian Insider.
Menurut Azimah, sistem pendidikan Malaysia hanya mengajar kandungan pengetahuan, mengingat pengetahuan dan pembelajaran hafalan, yang malangnya hanya membentuk sebahagian kecil TIMSS, tidak seperti mempersoalkan dan penyelesaian masalah.
Berita lanjut....
Jarumemas: Seperkara lagi kita asyik menukar dan membuat pelbagai prosedur dan cara pembelajaran sehinggakan para ibu bapa dan pelajar menjadi pening dan hilang pedoman. Setiap kali tukar menteri, setiap kali juga tukar dasar.
Subscribe to:
Posts (Atom)