Monday, 26 November 2012

Pembangkang cuba gagalkan transformasi, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan wanita muda Malaysia supaya tidak menggadaikan masa depan negara dengan membenarkan pembangkang menggagalkan segala usaha yang dilakukan kerajaan selama ini.

Beliau berkata wanita muda tidak harus terpengaruh dengan dakyah politik parti pembangkang yang sering mempertikaikan kebolehan kerajaan BN dalam mentadbir negara.

Beliau berkata pembangkang sepatutnya menjadi pembangkang yang konstruktif tetapi sebaliknya mereka sentiasa mencari keburukan dalam projek yang dilaksanakan kerajaan sedangkan projek tersebut memberi peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

"Projek-projek seperti Projek Rapid di Pengerang, Johor dan penyenaraian Felda (Global Ventures Holdings Berhad) di Bursa Malaysia cuba digagalkan pembangkang atas dasar politik yang tidak ingin BN mencapai kejayaan dan menunjukkan kebolehan untuk mentadbir negara.

"Segala apa yang dirancangkan akan tinggal di atas kertas dan akan terbantut kalau perancangan untuk lakukan transformasi digagalkan oleh pembangkang dan tidak mendapat sokongan politik daripada rakyat," katanya ketika menutup Himpunan Wanita Muda Negara 2012 di Kuala Lumpur hari ini.

Berita lanjut...

Jarumemas: Apa saja yang dibuat oleh kerajaan akan mendapat tentangan pembangkang, walaupun demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Mereka cuba memanipulasikan pandangan rakay bahawa kerajaan adalah jahat.

No comments:

Post a Comment