SHAH ALAM, 26 Nov — Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
hari ini optimis kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan menawan Putrajaya
dan membentuk kerajaan baru selepas Pilihan Raya Umum ke-13, sekaligus
membidas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang
mengatakan PR akan menimbulkan kekacauan jika tewas dalam pilihan raya
tersebut.
"PR
akan menang, saya optimis PR akan terajui kerajaan baru ... jadi
tidak timbul isu PR akan timbulkan keganasan," katanya selepas sidang
Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini.
Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan, kenyataan Dr Mahathir itu
adalah sifat semulajadi Umno yang mewujudkan budaya "menakut-nakutkan"
rakyat ekoran kedudukan parti dominan Melayu itu jelasnya yang semakin
"tenat" dan "nazak".
"Ini yang kita selalu sebut, Umno membawa budaya menakut-nakutkan
rakyat, (sedangkan) kita (PR) bawa budaya harapan kepada rakyat.
"Konsep kita adalah pengagihan yang adil dan semua ini meyakinkan
rakyat, Umno pula dah tersepit, nazak, dan terus dengan budaya
menakutkan-nakutkan rakyat," katanya kepada pemberita.
Berita lanjut....
Jarumemas: Bukan UMNO yang membawa budaya menakutkan rakyat tetapi pembangkang. Pembangkang yang menanam budaya kurang ajar dalam kalangan rakyat.
No comments:
Post a Comment