KOTA BHARU – Pas
menyifatkan tindakan mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN)
itu adalah sebagai sesuatu yang wajar dan bukannya kesalahan.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan
mendoakan parti itu hancur adalah kerana BN didakwa menolak Islam.
Dakwanya, tindakan BN menolak Islam secara jelas menunjukkan parti
itu memperlekehkan agama tersebut kerana ia berkait soal akidah.
Beliau turut memberikan contoh kisah Nabi Nuh AS yang memohon kepada
ALLAH SWT untuk menghancurkan kaumnya ketika itu yang tidak mematuhinya.
“Bila Umno tolak Islam apa taraf Islam? Takkan nak biar? Tak salah
doa macam itu kerana dalam al-Quran sendiri menyebut mengenai kisah di
zaman Nabi Nuh AS yang berdakwah tetapi ditolak kaumnya yang mempunyai
pengikut dan harta banyak.
“Akhirnya Nabi berdoa supaya Tuhan musnahkan orang itu kerana
sekiranya tak dimusnahkan nanti bila orang itu beranak maka anaknya pula
melawannya jadi jangan tinggalkan seorang pun,” katanya pada sidang
media selepas Muktamar Tahunan Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah
Kelantan di sini, hari ini.
Berita lanjut...
Jarumemas: Sedangkan mengumpat sedara kita, di akhirat nanti kita akan memakan daging mentah, apatah lagi mendoakan keburukan pada saudara kitas sesama Islam.
No comments:
Post a Comment