KOMEN, 4 Mac – Akan tiba masanya apabila rakyat Malaysia perlu
bersatu untuk melawan musuh bersama, bukan berbalah dan saling
menyalahkan sesama sendiri tentang apa yang berlaku. Masa telah tiba
untuk Sabah.
Kita harus menyokong polis dan tentera dalam berhadapan dengan
militan Filipina yang meletakkan tuntutan ke atas tanah dimana
penduduknya memutuskan untuk membentuk Malaysia 50 tahun lalu bersama
Malaya dan Sarawak.
Kita harus pastikan pengorbanan lapan polis yang gugur dalam
pertempuran tidak sia-sia, supaya balu dan anak - mereka tinggalkan tahu
suami atau ayah mereka mati kerana mahu memastikan Malaysia tetap utuh
dan bebas.
Kita harus melihat apakah paling penting sekarang, untuk menamatkan
pertumpahan darah dan pertempuran di Sabah dengan militan Filipina yang
telah mencabar kedaulatan wilayah dan undang-undang kita.
Kita perlu untuk mendapatkan kembali keamanan dan keselamatan. Kita teguh bersatu atau kita jatuh kerana berpecah. Semudah itu.
Jarumemas: Sepatutnya begitulah. Bersatulah demi Malaysia bukan yang lainnya.