Persepsi berkaitan rasuah yang "melampau" tidak mencerminkan realiti
Malaysia yang terus berkembang mantap di bidang sosial dan ekonomi,
kata Felo kanan Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Anis
Yusal Yusoff.
Menurutnya, Malaysia mencatat prestasi baik dari segi penerimaan pelaburan asing dan daripada usahawan tempatan, yang seterusnya menghasilkan pertumbuhan kukuh ekonomi dan kadar pembangunan yang tinggi.
Katanya walaupun Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia mencatat mata 4.3 dalam Laporan Transparency International 2011, kadar pertumbuhan negara ini sentiasa cergas sejak 12 tahun lepas, dengan purata pertumbuhan 4.8 peratus dari tahun ke tahun.
"Kaji selidik ringkas kami mendapati Malaysia tidak akan mencapai kadar pelaburan, kadar pertumbuhan dan kadar pembangunan insan yang dinikmatinya sekarang sekiranya negara ini begitu teruk dari segi rasuah seperti yang digambarkan," katanya dalam kertas kerja bertajuk "Membanteras Rasuah: Memahami Inisiatif Pencegahan Rasuah di Malaysia".
Kertas kerja setebal 72 muka surat itu dibentangkan pada forum bertajuk "Membasmi Rasuah: Sejauh Mana Kejayaan Kita?" yang dirasmikan penutupannya oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di ibu negara semalam.

Jarumemas: Rasuah boleh menghancurkan negara.
No comments:
Post a Comment