Sekumpulan lebih kurang 50 individu yang menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan pemimpin berkenaan kepada majoriti masyarakat Melayu beragama Islam.
Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR.
Perhimpunan yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu” oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur petang ini.
Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfly Sharif berkata, tindakan menyembelih dan melumurkan darah ayam adalah sebagai simbolik kepada tragedi 13 Mei 1969.
Lebih daripada itu, tindakan bantahan itu juga memberi amaran keras kepada pemimpin terbabit untuk menghentikan segala provakasi yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.
"Empat ayam ekor yang kita bawa mewakili keempat pemimpin cauvanis itu di mana kita hanya dapat menyembelih dua ekor sahaja. Ia adalah amaran untuk tidak lagi mempermainkan isu agama dan bangsa dan tidak mempertikaikan titah Sultan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Jarumemas: Kalau menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, kalau hati dah geram, yang elok pun tidak diperkenan.