Dewan Ulama PAS berikrar untuk mempertahankan parti Islam itu daripada
diresapi pemikiran yang dibimbangi akan merosakkan hala tujunya.
Perkara
itu ditegaskan dalam satu usul yang dikemukakan wakil Dewan Ulama PAS
kawasan Kemaman, dan yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamar hari
ini.
"Menyedari bahawa PAS merupakan satu gerakan untuk
mendaulatkan kalimah Allah berdasarkan kepada tuntutan Al-Quran,
Al-Sunnah, Ijma' dan Qias, maka sudah tentu dasar dan prinsip ini tidak
akan berubah sama sekali dan PAS akan terus mempertahankannya.
"Dewan
Ulama PAS hendaklah menjadikan benteng Islam untuk memelihara dasar dan
kesucian parti daripada diresapi oleh mana-mana 'fikrah al-Haddamah'
yang boleh merosakkan fikrah dan hala tuju parti," usul itu dipetik.
Berita lanjut....
Jarumemas: Betul ke ramai pengikut Pas mengamalkan fahaman Syiah? Tolong jawab sikit...
No comments:
Post a Comment