Tuesday, 12 June 2012
'AG rampas kuasa polis dengan pindaan KAJ'
Beberapa kes jenayah berprofil tinggi mungkin disapu ke bawah permaidani atas arahan Pejabat Peguam Negara.
Ini ekoran dakwaan pindaan terhadap Kanun Acara Jenayah (KAJ) lima tahun lalu mengukuhkan kedudukan peguam negara dalam siasatan polis, yang mana pejabatnya boleh, pada setiap masa, menuntut kertas siasatan sebarang kes walaupun belum selesai.
NONEHasilnya, Pejabat Peguam Negara dilihat mempengaruhi haluan siasatan polis, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam pasukan keselamatan.
Bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim yang membangkitkan perkara itu berkata, pindaan terhadap KAJ yang diluluskan Parlimen pada 2006 dan menjadi undang-undang pada 2007 menyebabkan polis hilang kuasa siasatan bebasnya.
Sebelum pindaan, kata Mat Zain, terdapat batas jelas kuasa pemisahan kerja antara Pejabat Peguam Negara dan pihak polis.
Sumber: Malaysiakini.com
Jarumemas: Itu pun ada yang kata polis rasuah, cari duit raya apabila buat sekatan jalan raya.
TERPANASS !!! AZMIN ALI PAKAI TANGKAL UNTUK MENANG PRU ??!
Amacam min?ok tak sidiran aku kat hang ?? suka hati hang ja nak kata DS Najib pakai bomoh nak tentu tarikh PRU.. Aku pun boleh cakap hang ada pakai tangkal nak hidup..Hang pakai tu untuk perlindungan dari ditanya tentang adegan makan aiskrim dalam jamban bersama perempuan simpanan..ok tak macam tu ??
Hang tak payah nak pertikaikan tarikh bila PRU..Hang tu patut tanya si gagap pasaipa takut nak bubar DUN sekali dengan Parlimen..Jangan nak melalak macam orang bodoh..PKR sendiri takut nak bubar..Sebab apa ?Tak puas menyamun harta Selangor kah ??
Bila Parlimen dibubarkan, tempoh BN dan PR berkempen tetap sama..Tak ada sapa yang lebih sapa yang kurang..La ni pun PKR dah mula sibuk berkempen pusing satu Malaysia menabur fitnah dan janji tak boleh pakai dekat rakyat Sabah dan Sarawak..
Janji PRU dulu pun belum tertunai lagi.Ada hati nak tambah janji lagi..Rakyat dah sedar yang parti pembangkang ni hanya pandai bercakap saja..tiada tindakkan. NATO ( Not Action Talk Only ) - Baca Keadilan Daily
Sumber: Blog Medan Tempur Kedah
Jarumemas: Kalau benarlah seperti yang didakwa, orang-orang tua ada berkata, satu jari kita tunjuk pada orang tetapi empat jari tunjuk pada diri sendiri, jadi muhasabah diri sebelum mengata orang lain.
'Anwar told bank CEO to transfer millions'
A bank chief executive officer (CEO) had confessed to the Anti-Corruption Agency (ACA) in 1999 that Anwar Ibrahim had instructed him to channel millions of ringgit into the accounts of individuals and companies, according to New Straits Times.
Source: Malaysiakini.com
Jarumemas: Cannot read the whole text since I have to register n log in.
HANCUR! IBADAT HAJI TAK PENTING, PRU13 LAGI PENTING! - PEMIMPIN PAS. cc @NajibRazak
Rakan blogger RBF telah mendedahkan sikap melampau kepimpinan PAS yang mahukan semua ahli PAS yang terlibat dalam pilihanraya untuk menangguh ibadat haji bagi memberi laluan kepada PRU13.
Di antara entri RBF :
Menunaikan fardhu haji adalah salah satu kewajipan kepada umat islam yang mampu. Mana-mana orang islam yang terpilih mereka melahirkan rasa syukur kerana mereka telah diangkat untuk pergi haji. Pendek kata majoriti mereka yang mendaftar tidak sabar-sabar untuk pergi haji.
Namun lain pula bagi Pas....
Minggu lepas Pas telah mengeluarkan arahan kepada kesemua ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13.
Sikap pemimpin PAS yang menyekat orang Islam untuk mengerjakan rukun Islam itu bukan sahaja menyerlahkan sikap mereka yang gila kuasa tetapi memperbodoh-bodohkan diri mereka juga.
Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim menunding jari kepada DS Najib Razak kerana tidak menetapkan lebih awal tarikh PRU13 tetapi yang malunya ialah negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan haram pembangkang sendiri tidak menetapkan tarikh pembubaran DUN!
Tuan Ibrahim, ketua penerangan PAS ini pula telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang kurang cerdik sebelum ini.
Dan benarlah kata-kata ini, satu jari menunding ke orang lain, 4 jari yang lain menunjuk ke diri sendiri! Kepimpinan PAS semakin hanyut dalam kerakusan mengejar politik.
Apa pun, MiM yakin DS Najib Razak tidak akan sesekali menyusahkan umat Islam negara untuk menunaikan rukun Islam itu. Tambahan pula, Perdana Menteri masih mempunyai banyak masa lagi dan tidak perlu termakan dengan propaganda parti pembangkang yang sebenarnya mahukan PRU13 diadakan seawal yang mungkin.
Propaganda tersebut dicanang-canangkan kerana kita tahu kepimpinan pakatan pembangkang semakin hilang modal dan bertambah lesu jika PRU13 diadakan lebih lama daripada yang mereka inginkan,
Bak kata, you can fool them once but not every time.
Sumber: Blog DR MiM
Jarumemas: Siapa nak tolong kempen kalau dah ke Mekah ya!
Khaled stands by earlier decision to freeze PTPTN for Selangor
KUALA LUMPUR, June 12 — Datuk Seri Khaled Nordin today stood by his earlier decision to back the recent student loan freeze in Universiti Selangor (Unisel).
The higher education minister today refused to apologise for backing the National Higher Education Fund (PTPTN) loan freeze and insisted Pakatan Rakyat (PR) could not deliver on its promise of free education.
Calling PR’s pledge of free education “just a mere promise”, Khaled said PR’s announcement to sell land owned by the university to raise RM30 million to help finance those being denied access to the student loans “is just an excuse to sell land”.
Read more....
Jarumemas: What is the moral of the issue? Do not play 'hide n seek' because the oppositions found out that the government is not consistent with their decisions.
Pengakuan Berkanun Murad Bongkar Wajah Sebenar Anwar
ENYATAAN Datuk Mustafar Ali, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai status siasatan pemilikan 20 akaun induk oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 kali terakhir berada di tangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam penyemakan adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu.
Ia adalah kenyataan wajar daripada SPRM kerana rakyat ingin tahu mengenai statusnya. Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang dikenali seorang mempunyai integriti dengan latar belakang lulusan Sekolah Izzuddin Shahnya dan kini amat aktif dengan kerja-kerja amal Islami.
Hal ini berbangkit kerana Anwar tidak memberi respons terhadap dakwaan Murad itu. Kalau dakwaan itu tidak benar, Anwar harus menafikannya atau lebih baik lagi menyamannya kerana ia isu besar dan menyentuh integriti seseorang.
Murad bukan orang politik, kenyataannya adalah profesional dan perlu didekati isu ini secara profesional. Jangan ambil mudah mengatakan bahawa beliau diupah lalu dilontarkan kepada UMNO atau konspirasi UMNO untuk menjatuhkan Anwar. Orang sudah lali dengan hujah ini. Hujah itu sudah tidak berkesan lagi.
Murad tahu akibatnya kalau ia berdusta. Padahnya amat buruk. Oleh itu menjadi tanggungjawab profesional PDRM, BNM dan SPRM supaya ketelusan mengambil tempat dan yang melakukan jenayah ini patut dihukum.
Sumber: Blog AIDC Reformasi Pemikiran Rakyat.
Jarumemas: Terlalu banyak dusta dan fitnah, menunjukkan dunia di ambang akhir zaman. Marilah sama-sama kita bertaubat dan beriman kepadaNya.
Rakyat Terus Tuntut PKR Tunai Janji PRU
SHAH ALAM: Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia, A Prakash bersama 30 individu sekali lagi mengadakan bantahan aman di depan pintu masuk Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini, berhubung kegagalan kerajaan negeri memenuhi janji Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
Prakash berkata, bantahan dibuat selepas memorandum yang dihantar kepada kerajaan negeri pada 3 Jun lalu tidak mendapat maklum balas daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahupun EXCO yang bertanggungjawab. Katanya, pihaknya kecewa kerana memorandum menuntut kebajikan kaum India dibela, tidak dipedulikan. Bantahan pagi semalam hanya untuk menuntut janji pakatan pembangkang ketika mahu mendapatkan sokongan rakyat bagi mentadbir Selangor.
Malangnya, selepas empat tahun mentadbir, kerajaan pakatan pembangkang tidak mengambil peduli kebajikan kaum India selain gagal menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit, katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum berkenaan.
Memorandum bantahan dan ketidakpuasan hati kaum India di negeri ini disampaikan kepada wakil pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11 pagi selepas hampir sejam menunggu di luar bangunan itu. Selain itu, katanya, pihaknya mempersoalkan tindakan peniaga warga asing mendirikan kedai di tepi jalan sewenang-wenangnya.
Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) seolah-olah ‘tidur’ kerana tidak mengambil sebarang tindakan bagi mengatasi masalah itu berbanding jika ia dilakukan rakyat tempatan.
Rakyat Selangor yang mahu berniaga perlu mematuhi pelbagai syarat yang ketat sedangkan rakyat asing mudah untuk berniaga. Apakah keistimewaan mereka sedangkan nasib rakyat sendiri tidak terbela. Katanya, pihaknya akan terus melakukan bantahan secara aman dari semasa ke semasa jika kerajaan negeri terus berdiam diri.
Sumber: Berita disunting daripada sumber: Berita Harian oleh 1Klik.
Jarumemas: Sudah terbukti kerajaan pembangkang gagal untuk memenuhi janji-janji yang dibuat semasa PRU12 dulu. Janji itu adalah amanah yang perlu ditunaikan. Kalau dah tak kail panjang sejengkal janganlah lautan dalam hendak diduga...
PAS Samakan Nabi Muhammad Dengan Komunis, Asalkan Mat Sabu Terlepas Dakwaan Mahkamah!
Sebelum ini heboh diseluruh negara dengan pengiktirafan Mat Sabu bahawa komunis yang membunuh anggota polis adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar.
Mat Sabu juga menghalalkan darah anggota polis yang beragama Islam yang terkorban di Bukit Kepong dibunuh oleh 200 orang Komunis yang tidak mempunyai agama dan tidak percaya wujudnya tuhan.
Ini yang menjadi perjuangan PAS sejak isu komunis menjadi hangat diseluruh negara,menghalalkan darah anggota polis Bukit Kepong dan angkat 200 orang komunis yang tidak beragama sebagai pejuang kemerdekaan.
Dalam usaha mempertahankan Mat Sabu pelbagai dalil dakyah disebarkan, hinggakan perjuangan parti komunis juga diangkat sebagai satu perjuangan setaraf pejuang kemerdekaan. Menyamakan Chin Peng yang dikenali sebagai The Butcher Of Malaya sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan.
Inilah dipanggil sebagai khawarij,mereka akan menghalalkan apa saja asalkan matlamat mereka tercapai. Darah rakyat berbilang bangsa yang diperlakukan dengan zalim dan kejam dihalalkan oleh khawarij PAS dan pakatan.
Nah,kelmarin seluruh blog haprak pakatan termasuk portal tipu sana sini Malaysiakini perbesarkan seolah Mat Sabu difitnah oleh pihak akhbar semasa perbicaraan berlangsung berikutan seorang saksi membuat laporan hanya bersandarkan kepada laporan akhbar.
Bagaikan satu keputusan mahkamah,seolah Mat Sabu memperolehi satu kemenangan kononnya pihak akhbar telah membuat fitnah terhadap beliau.
Yang dimainkan oleh blog dan media haprak pakatan hanya bersandarkan kepada laporan akhbar.
Sumber: Blg pisau.net
Jarumemas: Sebagai sebuah parti yang dimonopoli oleh orang Islam, Pas sewajarnya bermuhasabah secara telus akan kewibawaan parti itu yang kini semakin tercemar dengan beberapa kenyataan yang boleh menjatuhkan parti itu.
Bila tarikh Parlimen akan dibubar? — Sivamurugan Pandian
12 JUN — Sejak tahun lalu, teka-teki tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) sering kedengaran dan desus-desus tarikh keramat merayakan demokrasi ini semakin hari semakin rancak menjadi bualan.
Malahan, ada yang pernah menamakan 2011 sebagai tahun pilihan raya walaupun saya pernah menulis bahawa 2011 adalah tahun persediaan pilihan raya dan “pelaksanaan manifesto — Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” untuk berhadapan dengan slogan “Ubah Sekarang dan Selamatkan Malaysia” barisan pembangkang.
Saya juga pernah menulis bahawa “Dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13) mereka tidak lagi boleh menyalahkan pengundi hantu atau memilih untuk melihat kelemahan lawan semata-mata. Kekuatan pembangkang sendiri akan menjadi asas ukuran. Barisan Nasional (BN) juga perlu mencari kekuatan.”
Cabaran besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah untuk memobilisasi sokongan bertunjangkan kekuatan BN supaya mandat pilihan raya dapat digunakan untuk meletakkan landasan perjalanan beliau dalam meneruskan transformasi tanah air.
Menjejaki separuh kedua 2012, spekulasi tahun 2011 masih berterusan. Jika 11 November 2011 dikatakan menjadi pilihan awal; kemudiannya ia berubah kepada 9 Jun 2012 dengan tarikh spesifik untuk penamaan calon pada 26 Mei.
Spekulasi itu menjadi-jadi walaupun Najib berangkat ke luar negara pada pertengahan Mei 2012. Tarikh yang diramal juga tidak ada sensitiviti ke atas Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong serta perayaan Pesta Keamatan dan Hari Gawai; meraikan perayaan kepelbagaian etnik di Sabah dan Sarawak.
Kini, ada yang mencongak sama ada sebelum bermulanya Ramadan, 21 Julai ataupun selepas masyarakat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jika sebelum, maka Najib, selaku Pengerusi BN dikatakan akan membuat keputusan selepas Perhimpunan Raksasa BN dan membolehkan PRU diadakan pada 7 atau 8 Julai.
Baca terus....
Jarumemas: Sementara menunggu tarikhnya, pak-pak menteri janganlah membuat kenyataan-kenyataan yang menyukarkan PM utk mengumumkan tarikhnya.
Berani Sungguh Nik Aziz Kecam Harussani, Mufti Perak!!!...
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan parti itu mahu mendapat kemenangan dalam pilihan raya sebagai matlamat untuk menguasai kerajaan sekali gus membina kerajaan Islam.
Sambil mengecam kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Nik Aziz berkata, tiada jalan lain bagi sesebuah kumpulan untuk mendapat kuasa melainkan kemenangan dalam pilihan raya.
"Kepada yang kata Pas nak kerusi, saya kata ya, saya nak kerusi, bahkan meja pun saya nak juga kerana jika tidak ada kerusi tidak boleh buat kerajaan, kalau tidak ada kerajaan, maka Islam tidak boleh berjalan, demokrasi pun tidak boleh,” katanya.
Sebelum ini, Harussani mendakwa Pas sebuah parti yang hanya mahu merebut ‘kerusi’ dalam pilihan raya dan tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.
Dalam pada itu, Nik Aziz turut mempersoalkan kenyataan Harussani yang mendakwanya seorang yang keras hati kerana menolak muzakarah antara Umno dengan Pas.
"Apa yang saya lakukan itu adalah istiqamah, bukannya keras hati,” katanya.
Dalam pada itu, Nik Aziz turut nafi pernah ‘menjanjikan’ syurga kepada pengundi yang memilih Pas, sebaliknya beliau menjelaskan mereka yang undi Pas mendapat pahala.
Sumber: Blog Kulaanniring
Jarumemas: Janganlah sampai matlamat menghalalkan cara. Janganlah kerana politik agama digadaikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)