KUALA LUMPUR, 27 Dis — Ahli-ahli Persatuan Pengusaha Stesen Minyak
Malaysia (PDAM) mengakui mereka tertekan dengan syarat sesetengah
syarikat minyak dengan memaksa mereka meletakkan pekerja di stesen
mereka, atau kontrak mereka dikaji semula atau dibatalkan.
Menurut presidennya Datuk Hashim Othman, ahli persatuan dipaksa oleh
syarikat minyak untuk meletakkan beberapa orang pekerja dan ini
menyukarkan pihaknya memandangkan negara bakal melaksanakan gaji minima
pada tahun hadapan.
“Kadang-kala, secara tidak langsung, syarikat minyak ini menekan
pengusaha untuk letakkan beberapa orang pekerja atau kontrak dibatalkan.
“Kita tahu bahawa ahli-ahli merasa terbeban dengan syarat ini,” kata Hashim pada sidang media PDAM di sini, hari ini.
Berita lanjut....
Jarumemas: Buat yang terbaik bagi semua pihak.
KUALA LUMPUR, 20 Dis – Polis menafikan khabar angin mengenai kematian tiga lelaki kononnya terlibat dalam rusuhan di daerah Kuala Muda, Kedah dua hari lepas.
Penolong
Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), ACP Ramli
Mohamed Yoosuf dalam satu kenyataan berkata penyebaran kematian itu
dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melalui media
sosial.
“Keadaan semasa di Sungai Petani, Kedah masih tenang dan terkawal,
sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya
dengan khabar angin dan terlebih dahulu mendapatkan kesahihan sesuatu
kejadian,” katanya.
Beliau berkata penyebaran maklumat dan berita palsu di media sosial
yang tidak merujuk kepada kesahihan sesuatu kejadian bukan sahaja
perbuatan yang tidak bertanggungjawab malah ia juga adalah satu
perlakuan jenayah yang boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang
sedia ada.
Ramli berkata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim akan mengeluarkan
kenyataan dari semasa ke semasa, dan maklumat terkini juga boleh
diperolehi daripada Facebook dan Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia. –
Bernama
Jarumemas: Jangan sampai tragedi 13 Mei 1969 tercetus lagi. Kami yang pernah mengalaminya tidak senang suduk dibuatnya memikirkan tentang keselamatan anak pinak, emak ayah dan jiran tertangga semasa peristiwa itu berlaku.