GEORGE TOWN, 20 Dis – Anggota dan penyokong DAP Melayu harus keluar dan
meninggalkan parti itu demi mempertahankan maruah agama dan bangsa
mereka, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin
Osman hari ini.
Katanya, mereka perlu berbuat demikian kerana DAP secara
terang-terangan tidak mahu kaum Melayu berada dalam kepimpinan parti
itu.
“Perwakilan DAP telahpun memberi isyarat bahawa mereka tidak mahu
pemimpin Melayu menyertai barisan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)
apabila menyingkir semua calon-calon Melayu dalam pemilihan parti itu.”
Beliau berkata pelantikan dua wakil Melayu oleh CEC iaitu Senator
Ariffin S.M Omar dan Setiausaha Politik Lim Guan Eng Zairil Khir Johari
adalah sekadar “mengambil hati” setelah perwakilan menyingkirkan semua
calon Melayu.
Berita lanjut....
Jarumemas: Melayu dalam DAP memang telah dibutakan mata dan hati mereka.
No comments:
Post a Comment