Tuesday, 18 December 2012

Kos pengambilan pembantu rumah akan meningkat

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Kos pengambilan pembantu rumah Indonesia yang perlu ditanggung oleh majikan akan meningkat berbanding jumlah yang dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandangani pada 2011.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (PIKAP) Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata kenaikan itu dibuat memandangkan kos yang dipersetujui sebelum ini tidak dapat dilaksanakan kerana hanya melibatkan kos yang perlu ditanggung oleh majikan dan pekerja.

“Struktur kos yang dipersetujui sebelum ini ialah sebanyak RM4,511 sebagai bayaran pengambilan pembantu rumah Indonesia oleh pihak majikan kepada agensi  termasuk RM1,800 bayaran pekerja yang didahulukan oleh pihak majikan kepada agensi pekerjaan.

“Ia hanya melibatkan dua kos, iaitu majikan dan pembantu rumah (pekerja) tetapi malangnnya kos itu tidak mengambil kira apakah kos yang perlu ditanggung oleh agensi seperti saya dan kos yang sepatutnya ditanggung oleh agensi di sana,” katanya selepas majlis MoU antara Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga Kerja Indonesia (Apjati), PIKAP dan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) di sini, hari ini.

Beliau berkata kekurangan yang terdapat dalam MoU sebelum ini menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan dan semakan semula terhadap isu berkenaan perlu dilakukan.

“Kita dipanggil untuk mengkaji semula sebanyak empat kali dengan Kementerian Sumber Manusia sebelum kenaikan ini diputuskan,” katanya menambah kos terbaru yang akan diumumkan itu dilihat lebih relevan dan memadai.


Jarumemas: Dalam soal ini majikan yang sering dalam kerugian kerana pembantu yang dihantar selalunya gagal memebuhi kehendak majikan. Bagi pekerja yang pernah bekerja di sini dan diambil semula, mempunyai pelbagai kerenah yang memeningkan majikan.

No comments:

Post a Comment