KUALA LUMPUR, 26 Dis — Putrajaya akan meneruskan
operasi kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan
Automatik (AES) walaupun pembekuan pada pendengaran saman oleh Jabatan
Peguam Negara (AGC) minggu lepas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri
Kong Cho Ha.
“Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet lalu,” kata Kong merujuk kepada kelulusan perbelanjaan dianggarkan kementerian itu di bawah Bajet 2013 bulan lepas.
Setiausaha agung MCA itu akhirnya menjelaskan isu berkaitan pemberhentian semua prosiding mahkamah berkaitan dengan saman AES oleh AGC untuk mengkaji isu-isu undang-undang yang dibangkitkan, selepas seminggu isu ini berada dalam keadaan tergantung.
Berita lanjut....
Jarumemas: Pembangkang kena berhati-hati memandu di Putrajaya, jangan sampai kena saman AES ya.
No comments:
Post a Comment