KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Mulai 1 Januari depan, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melarang penggunaan logo halal dan
ungkapan halal seperti perkataan ‘ditanggung halal’ , ‘makanan orang
Islam’, ‘buffet Ramadan’ dan lain-lain lambang Islam yang boleh
mengelirukan dan memperdayakan orang Islam.
Ketua
Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan hari ini
berkata mulai 1 Jan 2013 tindakan akan diambil ke atas pihak yang masih
menggunakan logo dan ungkapan halal selain logo halal yang dikeluarkan
Jakim atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).
“Sebuah pertubuhan atau perbadanan yang didapati bersalah boleh
dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kedua atau
yang berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.
“Pihak selain dari pertubuhan atau perbadanan yang didapati bersalah
pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan
tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau
yang berikutnya mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000
atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Tambah Othman makanan dan barang-barang import yang hendak
diperihalkan sebagai halal hendaklah menggunakan logo atau nama badan
pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim di negara pengeluar
masing-masing.
Jelas beliau, tempoh peralihan selama setahun Perintah Perihal
Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang dikuatkuasakan mulai 1
Januari 2012 tamat pada 31 Dis 2012.
“Justeru Jakim mengingatkan pihak industri agar lebih bersedia dan peka dengan pensijilan halal Malaysia dari semasa ke semasa.
“Jakim juga berharap agar orang ramai dapat memberi kerjasama dan
menyalurkan maklumat sekiranya berlaku penyalahgunaan logo halal,” kata
Othman. – Bernama
Sumber: Malaysian Insider
Jarumemas: Umat Islam perlu mencari yang halalan taiban.
No comments:
Post a Comment