KUALA LUMPUR, 28 Dis ― Protes anjuran Kumpulan Anak-anak Peneroka
Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini bertembung dengan kumpulan pro FELDA
dan Barisan Nasional (BN) di Ibu Pejabat FELDA di Jalan Semarak di sini.
ANAK yang diketuai oleh Pengerusinya, Mazlan Aliman
berarak sejauh 500 meter dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) sepatutnya menyerahkan memorandum di ibu pejabat FELDA, namun
terhalang apabila kumpulan pro FELDA dengan jumlah sekitar 300 peserta
mengadakan sekatan di jalan masuk ke pejabat FELDA tersebut, di samping
sekatan daripada 100 anggota polis daripada kedua-dua pihak.
Tindakan itu kemudiannya menyaksikan Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah
dan Wilayah PAS Pusat, Razman Zakaria selaku wakil daripada kumpulan
protes ANAK berunding dengan pihak polis untuk membolehkan mereka
menyerahkan memorandum tersebut.
Sepanjang perarakan itu, mereka melaungkan slogan “Undur Isa Samad”, “Hancur Isa Samad”, dan “Felda Bebas, bebas Felda”.
Berita lanjut....
Jarumemas: Apa yang tak ekna sampai nak suruh Isa Samad berundur?
No comments:
Post a Comment