Wednesday, 19 December 2012

Putrajaya tarik sekatan ke atas jemaah Kristian ke Israel

KUALA LUMPUR, 19 Dis — Pentadbiran Najib menamatkan kuota, had umur dan lain-lain larangan ke atas penganut Kristian di Malaysia yang mahu menziarahi Jerusalem, kata pemimpin gereja dan agensi pelancongan. 

Langkah Barisan Nasional (BN) sebelum sambutan Krismas dan pilihan raya umum dilihat bertujuan memenangi hati kumpulan minoriti tersebut yang meliputi 10 peratus daripada 28 juta rakyat Malaysia, akan tetapi dianggap penting sebagai undi penentu terutamanya dikawasan bandar dan penting dalam perebutan mendapatkan sokongan pengundi pertengahan.

“Ya! Kebenaran diberikan kepada kami seperti yang dituntut,” kata Rev Hermen Shashtri kepada The Malaysian Insider dalam satu teks pesanan ringkas semalam.

Setiausaha agung Majlis Gereja Malaysia (CCM), Shastri sebelum ini mengkritik Putrajaya kerana sering “menukar pendirian” semasa mesyuarat antara kerajaan dan pemimpin gereja, seperti yang dilaporkan oleh Wall Street Journal (WSJ) pada Julai tahun ini.

Masyarakat Kristian di Malaysia tidak gembira dengan keputusan Putrajaya yang hanya membenarkan gereja menghantar 20 orang jemaah ke Jerusalem setahun, menghadkan tempoh menetap selama seminggu disamping sekatan lain kerana menganggap ia membelakangi hak kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, masyarakat Krisitian dan Muslim di Malaysia terlibat dalam perbalahan penggunaan perkataan “Allah” dengan masyarakat Islam, mengatakan perkataan tersebut eksklusif untuk mereka kerana Islam adalah monoteistik dan perkataan “Allah” bermaksud tuhan orang Muslim.


Jarumemas: Perkataan ALLAH hanya untuk orang Islam sahaja.

No comments:

Post a Comment