KUALA LUMPUR, 23 Dis — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggerakkan seramai 1,900 anggota
penguatkuasa dan 1,600 pegawai pemantau harga di seluruh negara bagi
memastikan peniaga mematuhi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas
2012.
Timbalan Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata
seramai 67,000 anggota skuad pengguna yang antaranya terdiri daripada
surirumah dan pelajar turut membantu memantau harga barangan terkawal.
"Orang
ramai juga boleh bersama membuat aduan mengenai peniaga yang tidak
mematuhi skim tersebut menerusi e-mel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my atau
talian bebas tol 1-800-886-800, SMS ke 15888 dengan menaip "KPDNKK
ADUAN" <butiran aduan> atau lapor terus ke pejabat KPDNKK di
seluruh negara," katanya selepas melawat Ben's Independent Grocer di
Publika di sini, hari ini.
Berita lanjut....
Jarumemas: pemantauan ini janganlah hanya ketika musim perayaan saja, lakukanlah sekerap mungkin agar pengguna terus terbela.
No comments:
Post a Comment