KUALA LUMPUR, 18 Dis — Ahli Parlimen Barisan Nasional
(BN) meminta kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk
mempercepatkan usaha dan menghentikan pengaliran wang haram daripada
ekonomi Malaysia, dan menegaskan bahawa sekiranya terus dibiarkan, imej
dan integriti negara akan menerima kesan buruk, terutamanya kepada
pelabur global.
Bercakap kepada The Malaysian Insider hari ini, Timbalan
Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai mengakui laporan Integriti
Kewangan Global (GFI) terbaru dalam pengaliran modal bagi tahun 2010 dan
bersetuju bahawa kerajaan akan mengemukakan langkah pencegahan.
“Kami akan menyemak mengenai perkara ini dan mendapatkan BNM untuk membalas,” katanya memberi jaminan.
Pemantau kewangan yang berpangkalan di US, GFI, dalam laporan
terbaru, mendapati Malaysia berada di tangga kedua daripada 150
negara-negara membangun yang dikaji, mencatatkan kerugian sebanyak
USD64.38 bilion (RM196.84 bilion) wang haram bagi tahun 2010 sahaja.
Jarumemas: Yang ruginya kita juga...
No comments:
Post a Comment