ALOR SETAR, 18 Dis — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
dan kepimpinan parti itu perlu menarik balik dengan segera amanat yang
dikeluarkan presiden PAS itu pada 1981 bagi memastikan masyarakat Melayu
kembali bersatu demi kebaikan semua pihak.
Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
berkata amanat itu telah memecah belahkan orang Melayu dan kembali aktif
sejak akhir-akhir ini sehingga ada anggota PAS berdoa untuk kehancuran
Umno yang dianggotai Melayu Islam.
“Amanat itu perlu ditarik balik oleh beliau (Hadi) kerana amanat
bersifat ekstrem itu masih dipegang oleh anggota dan penyokong PAS dari
dahulu hingga kini. Hari ini wujud perpecahan dalam kalangan masyarakat
Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad Bashah yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar
Bata berkata PAS mengkafirkan Umno disebabkan ia berkawan dengan parti
komponen kaum lain tetapi hari ini mereka boleh bekerjasama dengan DAP.
Mereka seolah-olah lupa apa yang mereka cakap sebelum ini dan
seolah-olah memejamkan mata dengan apa yang mereka lakukan, katanya. —
Bernama
Jarumemas: Fahaman ini memang telah tertanam dalam lubuk hati pengikut PAs yang fanatik dengan parti ini, terutamanya bagi mereka yang begitu taksub dengan Haji Hadi.
No comments:
Post a Comment