KOTA KINABALU, 18 Dis — Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman
berkata pakatan pembangkang kini semakin ketandusan modal untuk
menyerang Barisan Nasional (BN) dan hanya bersandarkan “fitnah dan
pembohongan” bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum
akan datang.
Bagaimanapun,
beliau yakin rakyat terutama di Sabah tidak mudah terpedaya dengan
taktik kotor pembangkang, sebaliknya menyokong kerajaan BN pimpinan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terbukti kemampuannya untuk membangunkan negara ini.
“Rakyat Sabah tahu menilai kerajaan yang boleh membawa pembangunan
untuk rakyat. Ada di kalangan pemimpin pembangkang yang pernah memegang
jawatan timbalan perdana menteri, timbalan ketua menteri atau
menteri...apa yang mereka buat untuk rakyat?
“Pemimpin pembangkang kata tiada apa-apa pembangunan di Sabah di
bawah kerajaan BN. Ini satu pembohongan untuk mengelirukan pemikiran
rakyat. Apakah mereka tidak sedar jalan raya yang digunakan oleh
pemimpin pembangkang pun adalah hasil usaha kerajaan BN.
Jarumemas: Pembangkang sedang menggeraksarafkan minda rakyat. Jelas yang benar disalahkan dan yang salah dibetulkan. Pemimpin BN perlu membetulkan segala tanggapan negatif dengan bersungguh-sungguh jika mahu memastikan BN berjaya pada PRU ke-13 nanti.
No comments:
Post a Comment